Pages

Saturday 8 December 2012

Masihkah ada Waktu untukku Menunggu

Bismillah.



Tanggal 5 Disember 2012 merupakan hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia . Tamat sudah satu peperiksaan yang agak penting dalam kehidupan di Malaysia ini . Dan ianya datang bersama satu rasa yang sayu ; meninggalkan zaman persekolahan .

Bagiku , zaman persekolahan adalah zaman paling berharga dalam peristiwa hidup seseorang . Ia adalah fasa membina sahabat , fasa mengenal dunia dan sebagainya . Zaman persekolahan membina persahabatan yang paling bermakna . Lebih lebih lagi bagi pelajar asrama yang hidup 5 tahun bersama .

Banyak lagu yang kita dengar bertemakan persahabatan , dan separuh daripadanya mengisahkan dua perkara , iaitu berpisah mengejar impian . Saya tidak nampak gambaran lagu ini melainkan sewaktu tamatnya tingkatan lima , kerana selepas waktu ini , para pelajar akan berpisah mengikut haluan masing masing untuk MENGEJAR IMPIAN . Namun persahabatan yang dibina tidak terhenti waktu itu . Semestinya walaupun tujuh tahun terpisah , apabila berjumpa mereka masih lagi sahabat ....

Wallahu a'lam

Selamat berpisah sahabat ... Maafkan sebab setelah aku balik ke rumah aku amat jarang berjumpa kamu semua , atas faktor jarak ....

Walaupun belum satu minggu ... ku rasakan perpisahan ini sangat memberi kesan .. dan pabila bertemu ku harapkan , masih SEPERTI DULU ..

Bermula di sini,
Aku menemui,
Aku mengenalimu,
Bahgia bersamamu.

Kau sering peduli,
Kau juga menemani,
Tikaku bersendiri,
Engkau sentiasa di sisi.

Pabila kau tiada,
Aku resah gelisah,
Itu yang ku mahu,
Engkau tahu.

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu.

Engkau menyenangi,
Engkau memahami,
Senyuman di bibirmu,
Mengukir senyumanku.

Kau sering teguri,
Kau juga nasihati,
Tikaku melupai,
Lupai diri sendiri.

Walau kita berbeza pandangan,
Namun ia tidak akan menghalang,
Persahabatan kita yang dibina sekian lama,
Agar tetap teguh seperti dulu.

Dedicated to ;
Kamarul yg sering ku jadikan persamaan dalam pelbagai aspek serta kawan pertama di Hira'
Amin A selaku kawan yang paling ku rasakan senang dengan kehadirannya
Aiman , Abe & Ai kawan baik tingkatan lima walau minat kita tak sama
Hafiz kenangan tingkatan dua tersingkap kembali
Afif yang sangat ku hormati dan selalu menegur aku
Al dengan lawak bodohnya . (Ko msok U ngan aku la we)
Mukmin kawan 'sekelas'
Jimbo aku mintak maaf tak dapat g rumah kau aritu
Fathi & Acap tempat rujukan aku

Thursday 8 November 2012

Khabar Intelligentsia

Bismillah ..
Assalamualaikum para pembaca blog ,
Saya telah mengasingkan laman khas untuk segala update mengenai Intelligentsia ; novel yang sedang saya usahakan . Link ada di bawah dan diharap anda semua menyertai dan meramaikan pembaca blog tersebut.

INTELLIGENTSIA - link ke blog Intelligentsia

sekian

Edited.. dah delete da laman tu ye.

Friday 2 November 2012

Sekadar rancangan......

Bismillah...
Sekadar mengisi kekosongan , saya akan menceritakan serba ringkas mengenai cerita yang akan saya novelkan tidak lama lagi . insyaAllah .

Disebabkan banyaknya idea yang bagus , jadi saya memutuskan untuk membuat 2 cerita yang berlainan dalam waktu terdekat ini .

Pertama ;

FENOMENA



Cerita ini berinspirasikan pengalaman sendiri , ditulis berdasarkan cerita sebenar walaupun ada juga saya ubah sana sini . Bergenre sentimental dan bertemakan alam persekolahan . Jarang saya lihat membaca novel sebegini jadi saya harap dapat menulis dengan lancar insyaAllah . Gaya penulisan yang saya akan gunakan dalam novel ini adalah lebih kepada monolog dan sentimental . 

Cerita ini mengisahkan dua orang sahabat yang berkawan baik . Tetapi apabila masuk ke tingkatan satu keakraban mereka menjadi dendam . Sehinggalah mereka berada di tingkatan empat , dan satu persatu insiden mula terjadi .

Dalam cerita ini , saya memfokuskan pengisahan dalam bentuk pengolahan falsafah yang mana tujuan utama saya tidak lain tidak bukan adalah untuk mengajak pembaca untuk memahami sesuatu perkara mengikut fikiran yang sesuai . InsyaAllah .



INTELLIGENTSIA



Novel kedua ini bergenre thriller yang mana betul betul lahir dari angan angan saya sejak dari tingkatan dua . Intelligentsia merupakan hasil perahan otak yang paling lama untuk memikirkan jalan ceritanya . Walaubagaimanapun , disebabkan ini merupakan angan angan dan impian saya , saya sangat tertarik untuk menulisnya . Sehingga apa yang saya fikir dalam bentuk tulisan terzahir dalam bentuk lukisan yang buruk . Saya tidak ambil subjek psv XD . Lagi satu , tajuk dia saya dapat idea dalam majalah sekolah .

Inteligensia merupakan satu golongan manusia biasa yang dianugerahkan oleh Allah dengan kepandaian yang luar biasa . Dengan kepandaian mereka mereka dituntut untuk memerangkap seorang Inteligensia yang telah melangkaui sempadan kemanusiaan dalam melakukan kemungkaran . 

Tetapi gambar di atas menunjukkan gambar untuk novel kedua dalam siri inteligensia , bertajuk Dual Maya .

Dual Maya ; Inteligensia mampu bergerak bebas , tetapi saling keliru dengan dua alam yang berbeza . Seluruh negara menjadi lapangan permainan si kembar Maya ; Hani dan Hadi (nama mungkin akan tukarlah kan nanti?) . 

InsyaAllah cerita Inteligensia akan bersambung panjang . Doakan , amin .

xin
0321
3/11/12
shah alam

Friday 26 October 2012

Looking Forward

Bismillah....

SPM menghampiri . Sebagai salah seorang calon , saya tidak terkecuali dari kehangatan dek bahangnya . Tetapi saya juga seorang pelajar sekolah . Semestinya saya berasa sedikit tidak sedap hati untuk meninggalkan alam persekolahan . SPM berakhir bermaksud bermulanya banyak perkara yang remeh .
Tetapi di satu sudut hati , saya ternanti nanti saat saat untuk memulakan penulisan saya .

Pada mula hanya angan angan . Namun sejak terinspirasi oleh adik yang menyiapkan novel , disamping seorang sepupu yang telah memulakan karier , tangan saya boleh dikatakan tergetar getar gatal hendak menulis . Masakan tidak , dah menghabiskan dua bengkel pelajaran hanya untuk mengemas atur draf , skrip dan rangka novel . Mengemas idea idea selama 8 tahun terakhir ni .

Harapnya penyampaian saya diterima , walaupun saya tak tahu di mana saya perlu bertapak . Apa apa pun , saya berharap akan ada seorang di dunia yang akan menghargainya ketika saya masih hidup . Ceh , ramai orang popular selepas mereka mati kan ?

Wallahu a'alam

XiN,
0001
27/10/12
Shah Alam

Thursday 25 October 2012

Apolo ....

Bismillah . Salam aidiladha salam satu Malaysia

APOLOGIZATION

Berlalu seketika sejak entri terakhir saya , 'Keemasan' . Kini sekali lagi saya di sini , tetapi bukan untuk memberitahu dunia idea - idea baru saya . Entri kali ini saya ingin khususkan untuk meminta maaf kepada semua . Semoga tiada di antara kita hutang piutang dan dendam supaya segala yang saya lalui lebih berkat . Terutamanya pada waktu ini , SPM semakin menghampiri . Tapi insyaAllah saya meminta maaf bukan kerana SPM.

Yang pertama dan terutama , 
Kepada ibu dan ayah , minta maaf segala perkara yang tidak mampu saya tunaikan . Tetapi percayalah diri ini sentiasa berusaha membaiki kesilapan . Walaupun agak lambat .

Juga kepada ,
Kakak dan adik adik . Maafkan jika saya jarang menjadi seorang adik dan abang yang baik . 

Teristimewa kepada guru-guru ,
Jika ada para mualim dan mualimah yang mengenal atau mengajar saya membaca entri ini , saya meminta maaf atas segala perbuatan dan pencapaian saya . Saya selalu ponteng kelas terutama untuk kelas matematik , kimia , p.akaun dan fizik . InsyaAllah tak berulang lagi . Tidak lupa kepada mentor saya , Mualim Hasni Yusof , walaupun saya cuba untuk tidak membuat mualim terasa , tapi minta maaf kerana mungkin dek ketinggian ego menyebabkan saya tidak melihat sesuatu tindakan itu tidak betul .

Seterusnya , 
Kepada keluarga terdekat , sepupu sepupu , saudara mara , minta maaf jika ada hak yang tidak saya tunaikan .

Kepada para pembaca ,
Minta maaf jika apa yang tertulis di blog tidak seberapa dan tidak seperti yang diharapkan . Juga terima kasih diucapkan kerana sudi membaca idea idea yang kebanyakan orang menganggap pelik .

Kawan kawan di SMIH ,
Sekalung penghargaan diberikan dan sejuta kemaafan dipohonkan .
Zaim , Rahman , Arol , Zahid , eh , Zul , Radhi , Mumo , Ai , Wafi , Noh , Nazim , Taqi , Aiman , Jimmy , Ehsan , Thariq , Afiq , Adib , Zaki , Fahmi , Akmal , Munzir , Umar , Hafiz , Acap , Acap lagi , Izzat , Mukmin , Amin , Syed , Muadz , Afif , Ali .
Ahli dorm abu ubaidah ; Lutfi , Syuib , Jimpet , Mahfuz , Meor , Syazwan , Dan , Abe .
Geng GBM ; Al , Jimbo , Amin , Manap , Fathi .

Wallahu a'alam .
-The end-

XiN.
26.10.12
Rembau.

Friday 14 September 2012

Keemasan

Bismillah ...
Entri kali ini adalah entri yang telah lama ditulis di atas lembar kertas . Juga adalah idea pertama yang ditulis di sekolah.

KEEMASAN


Ukuran manusia pada Tuhan adalah berasaskan tingginya taqwa . Ini berdasarkan potongan ayat Al Quran dari surah Al Hujurat ;

          " Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling bertaqwa di antara kamu "

Apabila manusia dinilai dari pandangan mata manusia biasa , apakah yang akan dilihat ? Harta . Pangkat . Paras rupa . Kepandaian . Keturunan . Apa saja...... Bagi manusia yang lebih positif , mereka lebih melihat kepada dalaman seseorang seperti kita biasa mendengar ; 'luar apa cerita , dalam mau kira' .

Ini adalah perkara yang tidak salah sebenarnya . Dalaman manusia seperti sikap , peribadi , ilmu , adalah perkara yang sepatutnya dinilai . Dan ia lumrahnya , merupakan kayu ukur untuk mengangkat martabat manusia di mata manusia lain . Manusia yang menyanjung manusia lain keran harta atau pangkat , sebenarnya hanya mempunyai muslihat atau kepentingan periuk nasi sendiri . Kerana itulah , dalaman adalah sesuatu yang lebih berharga sebenarnya .

EPAL


On the other side , its also not get us wrong . Biasa kita mendengar , 'Dont judge a book by its cover' . Semua orang setuju . Kerana apa ? Kerana kata kata itu nampak sedap dan bijaksana lebih lebih lagi ia dalam bahasa inggeris . Heh , nak hebat , saya mengatakan , 'Book cover tells the story' .

Seperti lazimnya sebiji epal . Manusia memilih epal yang kelihatan elok luarannya untuk dimakan . Namun dalamannya hanya diketahui setelah gigitan pertama berlaku . Jika kita dihulurkan dua biji epal untuk dipilih , yang mana satu daripadanya kelihatan kotor manakala satu lagi kelihatan elok . Tidak perlu debat dengan saya manusia akan terus mengambil epal yang luarannya elok tanpa peduli untuk bertanya , " yang manakah lebih baik isinya ? " . Walhal sebenarnya epal yang elok luaran itulah epal yang telah rosak isinya .

Jadi , persoalan yang ingin saya ketengahkan di sini ialah ;

a. Pentingnya aspek luaran dalam menzahirkan dalaman . Orang akan fikirkan sesuatu yang tak kena jika
    dalaman seseorang tidak tergambar dari aspek zahirnya .

b. Hipokrit diperlukan ! Luaran merupakan tarikan manusia . Pandangan pertama sangat penting dalam
    memberikan gambaran yang baik . Jika kita tidak mempunyai dalaman yang hebat , jangan burukkan lagi
    dengan memburukkan luaran .


Wallahu a'alam
Semoga bermanfaat

TAMAT

kekkaca
15092012
1250
klinik iman

Sunday 19 August 2012

Berkenaan 'Hikayat GBM'

Assalamualaikum kepada sesiapa yang memebaca .

Hanya sedikit pemberitahuan , kepada sesiapa yang tahu mengenai kewujudan blog kedua ana , 'Hikayat GBM' . Ana nak maklumkan bahawa blog itu akan dimansuhkan atas beberapa sebab . Dan bagi mengisi ruang karya ana , satu laman baru akan dibina tidak lama lagi insyaAllah .

Harap maaf . Pemansuhan blog tersebut adalah kerana ianya tidak mendapat sepenuh persetujuan dari beberapa ahli sebenar Geng Borak Malam .

Wallahua'alam

(Notis 2 jam sebelum blog tersebut akan dimansuhkan)

kekkaca
19082012
2031
rumah

Sunday 12 August 2012

Seni itu Unik . Unik itu Seni .

Yeah ... Ops .

Bismillah .

Firstly , ana bacakan quote ana ;

         A normal thing can be a unique thing by the way we think .




Sudah menjadi norma kehidupan manusia biasa , ' Biasa kepada benda biasa dan tidak biasa pada benda yang luar biasa ' . Tetapi bagi manusia luar biasa , ' Biasa kepada benda luar biasa dan tidak biasa pada benda biasa ' .

Tetapi kali ini , ana akan berceloteh pasal perkara yang bukan luar biasa tetapi tidak biasa . Perkara yang tidak dipandang oleh kebanyakan manusia biasa dan luar biasa . Iaitu perkara yang UNIK . Unik boleh menjadi benda yang paling menarik untuk dijadikan simbol pengenalan diri kita .

Benda yang unik hanya dihargai oleh sebahagian manusia , kerana unique is art , and only artist can appreciate it .

Percaya atau tidak , perkara biasa boleh menjadi unik dengan cara kita fikirkannya . Contoh mudah ; dalam peperiksaan objektif , kita diberi pilihan A , B , C dan D untuk mencari jawapan yang paling tepat . Ini adalah perkara biasa , kan? Jadi , kita tukar cara fikir ..... Dalam peperiksaan objektif , kita diberi empat pilihan iaitu A , B , C dan D . Tetapi realitinya , kita hanya perlu memikirkan jawapan yang betul pada A , B dan C sahaja . D ? D itu hanyalah jalan terakhir jika kita tidak memilih antara A , B dan C . Hehe , tak ke unik berfikir macamtu ? Padahal dua dua benda sama . Kalau tak faham , jangan cuba nak fahamkan , kerana yang faham hanyalah orang seni . Kihkihkih.....

Entri kali ini saja saja tulis sebab bosan macam apa . Sekarang tengah dalam perjalanan menuju ke asrama !

Wallahua'alam

kekkaca
12082012
rumah-sekolah

RALAT !

Bismillah.

Dalam entri yang lepas , mengenai malam Al - Qadr ana telah menyebutkan bahawa Ramadhan tahun 1433 mengikut kalendar Malaysia mempunyai genap 30 hari .

Ceh , sebenarnya kalendar yang ana tengok tu salah . Dia tertinggal 12 hb . Jadi , ana minta maaf kerana salah bagi info . Ramadhan tahun ini hanya mempunyai 29 hari .

p/s :
entri tersebut telah di'edit' semula .

Wednesday 8 August 2012

Kejar Malam Al-Qadr

Bismillah . . . . .


Ramadhan tahun 1433 masihi , eh , 1433 hijrah semakin menghampiri garisan penamat . Fasa keampunan akan memberikan baton lariannya kepada Fasa pembebasan dari api  neraka dalam masa lebih kurang 20 pusingan jam . Dan pada masa itu , bonus Al-Qadr mula mengambil bahagian untuk dimenangi . Ewah , metafora terbaik abad ini .

Ramadhan tahun ini mengikut taqwim dan kalendar Maaysia (kiraan falaq) mempunyai 29 hari 29 malam . Ini bermakna , 'bonus' Al-Qadr bermula pada malam 20 (malam esok ini) , mengikut kefahaman ramai .

Banyak hadis - hadis mengenai Lailatul Qadr dari segi kelebihannya , manfaatnya , mahupun tanda-tandanya dan tarikhnya . Sama ada kesemua hadis ini sahih , hasan , atau sebagainya . Ada pendapat mengatakan malam Lailatul Qadr berlaku pada 10 malam terakhir (bukan fasa terakhir kerana jika Ramadhan hanya 29 hari 29 malam maka 10 malam terakhirnya bermula pada malam ke 20) . Ada pendapat yang mengatakan ianya berlaku pada 10 malam terakhir pada malam yang ganjil iaitu malam 21 , 23 , 25 , 27 dan 29 . Ada juga yang mengatakan berlaku pada malam 27 .

Bagi ana , ana tidak berapa berminat hendak mengetahui malam ke berapa pula wujudnya si Lailatul Qadr . Kerana jika kita tahu pada malam bilakah ia berlaku , maka ia dah tidak menjadi surprise prize pada kita . Cuba kita lihat pada malam 27 , mesti ramai orang yang berjaga malam . Yang beramal banyak - banyak baca Al-Quran , Qiam berterusan , Tarawih 20 rakaat takpe la juga . Ni yang tak tahan duduk-duduk-stay-up-depan-tangga-surau-sambil-borak-borak-nak-tengok-pokok-tiba-tiba-sujud sebab ada orang kata tu tanda malam Lailatul Qadr .

Macam mana kalau betul bahawa Allah jadikan malam Lailaitul Qadr berbeza bagi setiap individu atau tempat . Contohnya , di Malaysia pada waktu tersebut adalah malam . Tapi waktu kat Zimbabwe sana ?

Bagi ana , Lailatul Qadr tidak perlu dicari waktu dan tarikhnya . Allah menjadikannya begitu supaya hamba - hambanya berusaha mencarinya dengan cara memastikan setiap masa diisi dengan ibadah . Lailatul Qadr bukanlah ganjaran yang mudah . Ia adalah reward bagi satu quest yang susah . Dan quest itu ialah ; 'beristiqamah mengejar pahala dan keredhaan Allah' . Maksudnya , kita hendaklah beramal pada setiap detik hari dan malam . Ana yakin , dengan cara itu , kita tidak ketinggalan walaupun satu saat mensiakan malam penuh keberkatan yang kita tidak tahu bila waktunya .

Wallahua'alam . Moga bermanfaat .

kekkaca
2241
20091433
rumah

Friday 3 August 2012

Adakah cukup 'Baik' ....

Bismillah ,

BAIK


Banyak definisi tentang perkataan yang satu ni . Ada pendapat kata kita dikira baik jika kita tidak menzalimi hak orang lain . Ada pula yang berkata baik dikira apabila kita mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan . Baik adalah sinonim dengan perkataan bagus dan antonim bagi perkataan teruk .

Jadi insyaAllah entri ana kali ini hanya untuk membentangkan mengenai baik dari fahaman ana .

Asasnya , baik adalah kata adjektif . Ianya digunakan pada tahap yang berbeza pada setiap manusia . Namun bagi ana , tahap baik adalah dimalarkan bagi semua manusia . Dan bagi ana , baik mempunyai empat peringkat . 

i) Kita sudah agak baik jika kita tidak menzalimi hak orang lain
ii) Kita boleh dikatakan baik jika kita sentiasa mengambil semua yang berlaku secara positif
iii) Kita sebenarnya baik jika kita berusaha untuk disenangi orang lain
iv) Kita dah baik giler jika kita melakukan semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangannya

Ramai insan yang declare mereka baik . Tapi sebenarnya mereka tidak memahami sebenar maksud baik . Contohnya jika seseorang yang kedekut menderma ke dalam tabung Palestin . Dia akan menganggap dirinya baik . Sebetulnya dalam keadaan begini , dia memang telah baik . Tetapi bukanlah baik yang menggambarkan sifatnya seperti empat peringkat di atas . Baiknya di sini adalah baik pembandingan yang membandingkan perbuatannya dengan sifat kedekutnya . Dia dikira baik kerana sepatutnya sifat kedekutnya menghalangnya daripada menderma .

Jika kita nilai keadaan diri kita masing masing , beberapa konklusi boleh didapati . Antaranya :

i) Orang yang sentiasa merasakan dirinya cukup baik , sebenarnya dia belum mencapai tahap baik yang diperlukan . Kerana perasaan tersebut akan membenarkan perbuatannya yang tidak baik .

ii) Orang yang baik sentiasa melihat ruang untuk menjadi lebih baik .

Ana berikan satu anologi :
Orang yang berada di dasar lembah yang gelap , hanya nampak sedikit cahaya yang berada jauh di atasnya . Mereka yang ingin berada di bawah cahaya tersebut , akan mendaki ke atas . Dan semakin dekat mereka dengan permukaan , semakin cerah dunia mereka . Terdapat segolongan yang akan gembira dan berpuas hati dengan keadaan cerah sebegitu . Mereka berhenti mendaki dan kekal di situ , dan dengan gembira menceritakan bagaimana dunia mereka telah cerah , padahal mereka belum keluar dari lembah itu . Mereka tidak pernah peduli untuk mengetahui betapa cerahnya cahaya yang sebenarnya . Namun segolongan yang inginkan cahaya yang lebih terang akan terus mendaki . Dan akhirnya mereka keluar dari lembah itu . Mereka dapat merasakan bagaimana cerah sebenarnya dunia . Mereka inilah golongan yang beruntung sebenarnya .

Golongan yang berpuas hati dengan cahaya yang sedikit itulah sebenarnya golongan yang berpuas hati dengan dirinya yang dianggap baik . Manakala golongan yang berterusan mendaki itu pula seperti golongan manusia yang sentiasa melihat ruang untuk menjadi lebih baik , dan mereka berusaha mencapainya .

Wallahu a'alam . Segala apa yang ditulis di atas adalah dari hati dan minda ana sendiri . Nak sangkal , sangkal ler . Nak terima , amiklah apa yang baik . Wa billah i taufiq wa al hidayah , wassalamualaikum .

kekkaca
0828
15091433
rumah

Thursday 19 July 2012

Antara dua arahan

Bismillah, segala puji bagi Allah tuhan ku , dan salam sejahtera ke atas junjungan nabi Muhammad Al amin . Amma baad. Tajuk di atas muncul selepas saya melalui beberapa proses memikir . Dan , sekali lagi , inilah perkara yang terlintas di minda sejak kebelakangan ini. Dan insyaAllah , apa yang akan ditulis selepas ini juga adalah pendapat saya sendiri .


 HATI 


Jadi inilah permulaan kisah entri kali ini . Hati seperti yang semua maklum atau tidak , mempunyai dua maksud . Satu , iaitulah hati yang selalu kita dengar dalam kelas Biology . Dalam bahasa inggeris disebut 'LIVER' . Yeah . Dan maksud kedua , itulah hati yang selalu dikaitkan dengan perasaan . Iaitu 'hati' yang membawa pengertian yang abstrak . Untuk memudahkan pemahaman , hati yang kedua ini in english disebut `HEART' . So , that is the real meaning when someone said "you always in my heart" , bukannya bermaksud "awak sentiasa di jantung saya".


 MINDA


Berbeza pula dengan otak . Otak ialah salah satu organ dalaman manusia dan haiwan . Dan dengan otak kita mampu berfikir . Meskipun otak adalah bersifat konkrit , namun minda bersifat sebaliknya . Namun , tidak dinafikan minda bergantung kepada keupayaan otak . Jika kita mengalami kemalangan atau kecederaan pada otak , minda juga akan mengalami kerosakan .

DUA SUMBER

Hati dan minda merupakan dua sumber tingkah laku kita . Sebelum kita membuat sesuatu , kita akan berfikir mengenainya . Ini menunjukkan bahawa minda perbuatan kita tersebut terhasil dari minda . Jika kita disuruh membuat pilihan , kita akan berfikir yang manakah akan dipilih sekali lagi di sini , minda menjadi sumber arahan terhadap langkah kita seterusnya .

Adapun bagi suara hati , ia adalah tersangat seni . Sehingga kebanyakan manusia menidakkannya dan menganggap ia hanya mengganggu urusan seharian mereka . Jika kena pada tempatnya , maka suara hati dan suara minda bergerak seiringan .Namun , ada ketikanya kedua dua sumber ini saling bercanggah .

Jadi , yang manakah yang perlu dituruti , sama ada hati atau minda . Jawapannya bergantung pada diri kita sendiri .

Allah mencipatakan manusia berbeza dan pelbagai . Begitu juga hati dan minda sebagai kurniaan Allah yang berbeza terhadap semua manusia . Terdapat manusia yang berfikiran singkat , berfikiran jauh , berfikiran kritis dan sebagainya . Begitu juga halnya dengan hati . Memandangkan hati berkait rapat dengan pergantungan pada Allah , maka tahap dan kebenaran hati juga berbeza setiap manusia . 

Jika kita yakin pada kebenaran hati kita , maka turutilah ia . Jika kita yakin bahawa fikiran kita lah yang benar , maka janganlah menolaknya . Perlu diingat , bahawa kedua dua sumber ini merupaka target utama syaitan . 

Contoh:

1. Seseorang yang dari kecil dididik dengan baik , hatinya dijaga dengan cara yang islamik , akhirnya dia mencapai usia remaja . Suatu hari , dia diajak merokok oleh kawan kawannya . Sudah pastinya dia akan berasa ragu ragu . Kerana hatinya yang baik itu menolak perbuatan yang tidak baik . 

2. Seseorang yang hatinya telah rosak , tiba tiba diajak untuk pergi ke masjid . Spontan dia akan mengelak dengan pelbagai alasan . Walhal , jika dia mengikutkan minda , dia tidak punya alasan untuk menolak benda yang baik .

Didiklah hati kita dengan baik , disamping menajamkan minda agar menjadi lebih baik . Semoga segala perbuatan kita adalah yang terbaik .

Bagaimana pula dengan pepatah 'Ikut hati mati , ikut rasa binasa' ? Kedua dua frasa dalam pepatah ini membawa satu maksud . Iaitu , jangan ikutkan hati . Adakah benar ? Padahal kita pernah mendengar bahawa; 

Pandangan hati itu yang hakiki 
kalau hati itu bersih

Sebetulnya , pepatah ini digunakan untuk mengajar dan mententeramkan orang yang sedang marah atau sedih . Ini kerana dalam keadaan demikian , hatinya seumpama dirasuk , dan selalunya hanya mahu melakukan perkara yang buruk . 

Pepatah ini bukan untuk digunakan dalam sepenuh kehidupan seharian , jadi , tidak salah untuk mengikut kata kata hati jika ia perkara yang baik .

Jadi , sedikit perkongsian dari saya , semoga bermanfaat . Ingatlah , bahawa individu yang positif hanya mencari pengajaran yang positif dalam setiap perkara .

Apa yang baik dari Allah , dan apa yang buruk juga dari Allah sebagai ujian pada saya untuk memperbaiki diri . Wallahua'alam .

kekkaca
1256
20072012
rumah, seremban




Saturday 12 May 2012

Pahlawan

Bismillah ,

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis , kini hati saya terbuka lagi untuk menghikayatkan pengalaman dan meluahkan pendapat . 3 bulan yang kosong di laman blog ini tidak bermaksud saya tidak mempunyai perkara untuk di coret di sini . Malah apabila saya melihat kembali bahagian post-post saya sebelum ini , terdapat enam lagi entri yang tidak disudahkan .



SEORANG PAHLAWAN



Perkataan 'Pahlawan' cukup menarik minat saya pada ketika ini . Pahlawan pada pandangan saya menggambarkan seorang yang kuat,  gagah dan setia dalam mempertahankan sesuatu maruah diri , bangsa atau negara . Dia amat berbeza dengan seorang 'Wira' yang pada saya menunjukkan seorang penyelamat di saat saat genting . Wira sering dijadikan tema dan watak utama sesebuah cerita , dan biasanya dikaitkan dengan menang-setelah-kalah atau muncul-lewat-pada-saat-saat-genting . Bagi Pahlawan , walaupun jarang dijumpai , namun kewujudannya dalam filem biasanya menceritakan bahawa seorang pahlawan sering dilupai jasanya .

Golongan yang mengagumi dan memuja para Wira adalah majoriti dan ini menarik minat saya untuk mengangkat martabat seorang pahlawan mengikut pendapat saya sendiri .

1- Seorang pahlawan amat setia pada ketua , bangsa atau negaranya . Sudah pastinya dia rela mati daripada berbuat khianat . Malah , dia akan melaksanakan sesuatu arahan walau akan mengorbankan orang yang dia sayangi , seperti Hang Tuah yang bertarung dengan Hang Jebat atas arahan sultan .

2- Seorang pahlawan sanggup berkorban untuk orang lain walau dia tahu pengorbanannya tidak akan dihargai . Hatinya tidak akan tersinggung kerana seorang pahlawan sentiasa berasa patah hati . Orang lain tidak akan faham betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka .

3- Seorang pahlawan tidak mempunyai belas kasihan terhadap musuhnya . Sekali dia menganggap seseorang itu musuh , dia akan terus membencinya walau musuh itu telah beralih ke pihaknya . Sifat belas kasihan hanyalah musuh kepada hati yang ingin terus berjuang .

4- Seorang pahlawan tidak ingin menjadi legenda , tetapi dia amat menyanjungi dan mengagumi legenda . Dia amat bangga dengan pahlawan pahlawan yang telah gugur dan menjadi legenda , tetapi dia tidak pernah terfikir untuk menjadi legenda dan dikagumi generasi akan datang .

5- Seorang pahlawan tidak akan berundur atau mengalah . Lebih lebih lagi untuk mengaku kalah sebelum bertanding . Dia akan berjuang bersungguh sungguh walau dia tahu lawannya pasti akan mengatasinya dan membunuhnya .

6- Seorang pahlawan tidak berkongsi rahsia dan masalahnya dengan orang lain . Hidupnya sentiasa keseorangan , dan dia tidak akan meluahkan perasaannya walau kepada sesiapa . Segala masalah dan rahsianya akan dijaganya sehingga akhir hayat .

7- Seorang pahlawan tidak mengenal erti takut . Terutamanya takut untuk mati . Bukanlah seorang pahlawan jika mempunyai sifat takut walau pada apa sekalipun . Kerana seorang pahlawan perlu gagah dan berani menghadapi sebarang cabaran .



Kesimpulan dari perkara perkara di atas , tidak ramai yang mampu menjadi seorang pahlawan . Dan tidak ramai manusia yang ingin menjadi seorang pahlawan sebenar , pahlawan sejati yang mempunyai ciri ciri di atas .

Wallahua'alam , apa yang baik datangnya dari Allah , segala kelemahan adalah berpunca dari kekurangan saya sebagai manusia biasa . Sekali lagi diingatkan apa yang saya coretkan di sini adalah pendapat saya dan sesiapa yang membaca mempunyai hak untuk menerima atau menolaknya .

Sekian,
kekkaca
seremban
14.mei.2012
jam 2019



Friday 24 February 2012

Karna-nya , dan Dia ( rules are meant to be broken ; Hira ' )

Insha Allah wa bi izni Allah post kali ni ana khaskan untuk rakan rakan sesekolah ana


RULES ARE MEANT TO BE BROKEN




In God's name ,

  Sebagai permulaan , ana mengambil sepotong ayat yang selalu digunakan oleh sahabat ana yang bernama Nabil , " mari kita jadikan duduk kat Hira ni seronok " . Antara faktor fakor yang menyebabkan kebanyakan orang hilang seronok adalah peraturan peraturan yang mengongkong para pelajar .

   Dan ana ambil satu falsafah yang sangat bagus , " rules are meant to be broken " . Tanpa pelanggaran peraturan , tiadalah peraturan ( tidak termasuk peraturan Allah ) . Itulah sebebanya peraturan diadakan ; untuk dilanggar . Para guru sering mengatakan bahawa peraturan adalah untuk mendisiplinkan pelajar . Realitinya , peraturan yang sering tersalah atur bagaimanapun berjaya mengajar pelajar tiga perkara ; berani melanggar peraturan , berfikiran kritis dalam melanggar peraturan , dan kreatif mencari jalan melepaskan diri . That's why rules are very important for student .

   Pelajar yang ketika zaman sekolahnya sentiasa mematuhi peraturan lebih susah hidup menjaga diri daripada pelajar yang belajar melanggar peraturan . Mereka tidak akan belajar untuk sentiasa berfikir di luar kotak dengan cepat .

   Perkara terbaik yang patut dibuat adalah kita tidak boleh takut melanggar peraturan dan tidak boleh takut dengan akibatnya . Individu yang suka melanggar peraturan tetapi takut akan ditangkap adalah individu yang hipokrit . Mereka berfikiran bodoh yang hanya mahu berseronok dan menyusahkan para ketua pelajar menghambat mereka sana sini , akibat hendak lari dari hukuman . Dan ini semestinya bukan perkara yang menyeronokkan . Sudah tentu kerana mereka tidak mungkin lari jika berasa seronok melanggar peraturan , dan seronok juga menerima hukuman .

   Pelanggaran peraturan walaubagaimanapun tidak seharusnya berlaku pada perkara penting yang basic seperti mencuri . Kes kecurian yang semakin meningkat sejak akhir akhir ini membuatkan ana terfikir adakah mereka yang mencuri itu sudah kehabisan wang belanja dan terlalu kempunan untuk makan keropok lekor makcik kantin ? Jawapan itu mungkin tepat jika angka kecurian tidak mencecah ratusan .

   Redahlah , langgarlah segala peraturan yang antum hendak , namun pesan ana di sini , janganlah melampau dan janganlah terlalu menyusahkan orang lain . Dan lagi satu , bagi mereka yang agak susah mengawal mulut dari mencarut , ana cadangkan antum belajar untuk banyakkan senyap . Ketahuilah , mencarut tidak mendatangkan apa apa selain dosa . Rendahkanlah ego untuk mengatakan kalimat kalimat zikir bagi menggantikan pepatah carut yang selalu antum gunakan .

   Terakhir , ana turunkan satu pesanan yang sering ana pesan kepada seorang kawan ana ketika berada di sekolah luar , " jadilah seorang yang berprinsip jika tidak mampu menjadi seorang yang muslim yang sejati , kerana kebatilan yang terancang akan dapat mengalahkan hak yang tidak teratur . Dan lebih baik rugi akhirat sahaja daripada rugi dunia dan akhirat " .

wassalam....

kekkaca
27 feb 2012
15:02

*     *     *     *     *     *     *

macam biasa ,  feel free untuk terima tau tidak . feel free untuk tidak puas hati atau sebaliknya . ana just menegakkan prinsip ana .

Friday 20 January 2012

Black Light of Sadness

One benda want cakap only : maaf for me punye english

BLACK LIGHT OF SADNESS



A black coloured light
will not lighting a dark room

Reality tell us
even you are colourblind
I am absolutely sure
that you can see the dark

Just turn on the white
White light of happiness

Be in sadness nevermore
If you know that
a black light cant darken
a happy light room

Just turn on the white
White light of happiness
And the time will come
the time you will see the hope

And nevermore black
Black light of sadness

*   *   *   *   *   *

kekkaca
11.13 am
15 jan 2012
5 umar , SMIH