Pages

Tuesday 2 April 2013

MARABAHAYA - DEFINISI SEBENAR YANG DIKATAKAN AKSI

Bismillah, wa alhamdulillah
Pertama-tamanya, saya ingin memaklumkan bahawa ini adalah post pertama saya yang dilakukan menerusi smartphone dengan menggunakan applikasi blogger. Segala kekurangan harap tidak diambil pusing.
--
MARABAHAYA
Ali Imran. Seorang pemuda kampung biasa dan juga pakar komputer tak bertauliah. Terjebak dalam konflik tiga negara, Malaysia, Thailand, dan
Singapura tanpa sengaja.
Alif. Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia. Terlepas dari tawanan musuh halimunan. Tiada identiti, tiada pengenalan. Diburu sepenuh nyawa oleh mereka.
Khalid Musa. Perdana Menteri Malaysia. Konflik di utara Malaysia menuntutnya bertindak dengan penuh berhati-hati. Serangan peluru berpandu ke dalam wilayah Johor pula memaksa beliau berfikir dengan lebih strategis.
Kunci aman dan huru-hara berada di tangan mereka. Bahaya mara dari segenap sudut. Kekuatan Iman, fizikal dan patriotisme memaksa mereka untuk berhadapan dengan marabahaya ini tanpa sebarang pilihan.
TIADA JALAN SELAMAT!
TIADA MASA REHAT!
KEPUTUSAN MESTI TEPAT!
TINDAKAN WAJIB CEPAT!
--
NADHIF FAKHRULLAH - Mengambil langkah pertama untuk mencuri tempat di arena novel aksi tanahair. MARABAHAYA merupakan karya sulung beliau dengan cetakan pertama adalah pada Mac 2013. Saya agak bertuah kerana menjadi individu pertama di dunia yang membaca MARABAHAYA dari 'a' ke 'z' melalui cetakan buku.
--
Tidak tahu apa dan bagaimana untuk mengulas kerana ini kali pertama saya terpanggil untuk membuat review. Walaubagaimanapun, saya akan cuba yang terbaik.
--
Kisah utama yang diceritakan ialah operasi satu kumpulan yang bernama Neo Comm. Sebuah organisasi peringkat antarabangsa tetapi tidak diketahui orang ramai. Mereka mempunyai matlamat yang tersendiri. Di Malaysia, mereka menculik Encik Mazlan, mencetuskan pertelingkahan antara Malaysia dan Thailand, serta berjaya menyebabkan peperangan udara antara Malaysia dan Singapura. (Apakah tujuan mereka? Sila baca sendiri).
Diceritakan, operasi mereka akhirnya tidak berapa lancar. Dari pertelingkahan dengan ahli-ahli Bisa Corp, sehinggalah pertempuran dengan pihak penguasa. Tetapi nampaknya mereka bukanlah kumpulan murahan tepi jalan, bukan juga kumpulan gangster-gangster KL. Mereka berjaya menggasak pihak penguasa hingga terpaksa memanggil skuad VAT69. Bersama pasukan Black Dog Service yang ingin membunuh Alif, cerita ini merakamkan kemuncak aksi-aksi ketika pertempuran di tengah Kotaraya Kuala Lumpur. (Selanjutnya sila baca sendiri)
Dari sisi yang lain, novel ini mengandungi kisah seorang budak lelaki bernama Kamil yang dipinggir oleh emak, dan diseksa oleh ayah. Selain itu, beberapa kisah kecil yang juga dimuatkan seperti kisah Farah yang obses dengan Halim, dan kisah Irene yang mengenali pengawal peribadinya, Duvall.
Namun semua kisah-kisah ini bukan omongan. Setiap satu berkait rapat dengan yang lain, walaupun tidak begitu kompleks. Jangan risau anda tidak mungkin akan pening kepala ketika membacanya.
--
Penceritaan NADHIF FAKHRULLAH dalam novel ini menggunakan gaya standard iaitu penggunaan ganti diri ketiga.
Dari sudut bahasa, penulisan dalam buku ini menggunakan format bahasa sebenarnya, dan bagi saya, penceritaannya sebaik novelis-novelis lain seperti Eyman Hykal, dan penulis-penulis novel aksi lain.
Dari sudut genre novel, saya tidak mampu mengulas banyak kerana saya tidak begitu minat dalam novel-novel aksi. Cuma dapat saya katakan, novel ini penuh dengan pelbagai aksi dari pertempuran seni tempur, pertempuran senjata, pertempuran strategi, peperangan udara, adegan kejar-mengejar, dan lain-lain. Bagi saya, novel ini bukanlah novel thriller kerana plot-plot yang diceritakan sudah dapat diagak, dan kurang misteri.
On the negative side, novel ini terdapat banyak kesalahan taip (typing error). Seperti tertinggal titik noktah, tidak menjarakkan permulaan perenggan, dan terlebih spacing antara perenggan. Kesalahan-kesalahan kecil pula kebanyakannya adalah kesalahan tatabahasa, seperti menarakkan 'di buka' (contoh sahaja. tak ingat ayat sebenar).
Satu lagi perkara yang bagi saya dapat diperbaik, adalah cover hadapan novel ini. Saya yang pernah melihat gambar tersebut, sebelum ini tidak menyedari terdapat sedikit ketidak-cantikan di gambar tersebut.
Jika diperhatikan betul-betul gambar kereta polis yang meletup, sedikit kureng di bahagian belakang kereta. Kelihatan agak tidak kemas dan bercampur dengan efek letupan. Selain itu, gambar skuad di layer paling atas, pengeditannya tidak berapa kemas, tetapi saya tidak mahu mengkritik apa-apa kerana saya seorang yang tidak pandai mengadobe.
--
Setakat itu yang mampu saya tuliskan, jika ada yang hendakkan review yang lebih detail dan mantap, sila sabar menanti (bukan dari saya). Akan ada review yang lebih sempurna dari pembaca-pembaca MARABAHAYA yang lain.
Wallahua'alam. Bye nak pergi makan.
AIM, Ipoh
2- April 2013
XiN