Pages

Friday 3 August 2012

Adakah cukup 'Baik' ....

Bismillah ,

BAIK


Banyak definisi tentang perkataan yang satu ni . Ada pendapat kata kita dikira baik jika kita tidak menzalimi hak orang lain . Ada pula yang berkata baik dikira apabila kita mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan . Baik adalah sinonim dengan perkataan bagus dan antonim bagi perkataan teruk .

Jadi insyaAllah entri ana kali ini hanya untuk membentangkan mengenai baik dari fahaman ana .

Asasnya , baik adalah kata adjektif . Ianya digunakan pada tahap yang berbeza pada setiap manusia . Namun bagi ana , tahap baik adalah dimalarkan bagi semua manusia . Dan bagi ana , baik mempunyai empat peringkat . 

i) Kita sudah agak baik jika kita tidak menzalimi hak orang lain
ii) Kita boleh dikatakan baik jika kita sentiasa mengambil semua yang berlaku secara positif
iii) Kita sebenarnya baik jika kita berusaha untuk disenangi orang lain
iv) Kita dah baik giler jika kita melakukan semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangannya

Ramai insan yang declare mereka baik . Tapi sebenarnya mereka tidak memahami sebenar maksud baik . Contohnya jika seseorang yang kedekut menderma ke dalam tabung Palestin . Dia akan menganggap dirinya baik . Sebetulnya dalam keadaan begini , dia memang telah baik . Tetapi bukanlah baik yang menggambarkan sifatnya seperti empat peringkat di atas . Baiknya di sini adalah baik pembandingan yang membandingkan perbuatannya dengan sifat kedekutnya . Dia dikira baik kerana sepatutnya sifat kedekutnya menghalangnya daripada menderma .

Jika kita nilai keadaan diri kita masing masing , beberapa konklusi boleh didapati . Antaranya :

i) Orang yang sentiasa merasakan dirinya cukup baik , sebenarnya dia belum mencapai tahap baik yang diperlukan . Kerana perasaan tersebut akan membenarkan perbuatannya yang tidak baik .

ii) Orang yang baik sentiasa melihat ruang untuk menjadi lebih baik .

Ana berikan satu anologi :
Orang yang berada di dasar lembah yang gelap , hanya nampak sedikit cahaya yang berada jauh di atasnya . Mereka yang ingin berada di bawah cahaya tersebut , akan mendaki ke atas . Dan semakin dekat mereka dengan permukaan , semakin cerah dunia mereka . Terdapat segolongan yang akan gembira dan berpuas hati dengan keadaan cerah sebegitu . Mereka berhenti mendaki dan kekal di situ , dan dengan gembira menceritakan bagaimana dunia mereka telah cerah , padahal mereka belum keluar dari lembah itu . Mereka tidak pernah peduli untuk mengetahui betapa cerahnya cahaya yang sebenarnya . Namun segolongan yang inginkan cahaya yang lebih terang akan terus mendaki . Dan akhirnya mereka keluar dari lembah itu . Mereka dapat merasakan bagaimana cerah sebenarnya dunia . Mereka inilah golongan yang beruntung sebenarnya .

Golongan yang berpuas hati dengan cahaya yang sedikit itulah sebenarnya golongan yang berpuas hati dengan dirinya yang dianggap baik . Manakala golongan yang berterusan mendaki itu pula seperti golongan manusia yang sentiasa melihat ruang untuk menjadi lebih baik , dan mereka berusaha mencapainya .

Wallahu a'alam . Segala apa yang ditulis di atas adalah dari hati dan minda ana sendiri . Nak sangkal , sangkal ler . Nak terima , amiklah apa yang baik . Wa billah i taufiq wa al hidayah , wassalamualaikum .

kekkaca
0828
15091433
rumah

No comments:

Post a Comment