Pages

Wednesday 8 August 2012

Kejar Malam Al-Qadr

Bismillah . . . . .


Ramadhan tahun 1433 masihi , eh , 1433 hijrah semakin menghampiri garisan penamat . Fasa keampunan akan memberikan baton lariannya kepada Fasa pembebasan dari api  neraka dalam masa lebih kurang 20 pusingan jam . Dan pada masa itu , bonus Al-Qadr mula mengambil bahagian untuk dimenangi . Ewah , metafora terbaik abad ini .

Ramadhan tahun ini mengikut taqwim dan kalendar Maaysia (kiraan falaq) mempunyai 29 hari 29 malam . Ini bermakna , 'bonus' Al-Qadr bermula pada malam 20 (malam esok ini) , mengikut kefahaman ramai .

Banyak hadis - hadis mengenai Lailatul Qadr dari segi kelebihannya , manfaatnya , mahupun tanda-tandanya dan tarikhnya . Sama ada kesemua hadis ini sahih , hasan , atau sebagainya . Ada pendapat mengatakan malam Lailatul Qadr berlaku pada 10 malam terakhir (bukan fasa terakhir kerana jika Ramadhan hanya 29 hari 29 malam maka 10 malam terakhirnya bermula pada malam ke 20) . Ada pendapat yang mengatakan ianya berlaku pada 10 malam terakhir pada malam yang ganjil iaitu malam 21 , 23 , 25 , 27 dan 29 . Ada juga yang mengatakan berlaku pada malam 27 .

Bagi ana , ana tidak berapa berminat hendak mengetahui malam ke berapa pula wujudnya si Lailatul Qadr . Kerana jika kita tahu pada malam bilakah ia berlaku , maka ia dah tidak menjadi surprise prize pada kita . Cuba kita lihat pada malam 27 , mesti ramai orang yang berjaga malam . Yang beramal banyak - banyak baca Al-Quran , Qiam berterusan , Tarawih 20 rakaat takpe la juga . Ni yang tak tahan duduk-duduk-stay-up-depan-tangga-surau-sambil-borak-borak-nak-tengok-pokok-tiba-tiba-sujud sebab ada orang kata tu tanda malam Lailatul Qadr .

Macam mana kalau betul bahawa Allah jadikan malam Lailaitul Qadr berbeza bagi setiap individu atau tempat . Contohnya , di Malaysia pada waktu tersebut adalah malam . Tapi waktu kat Zimbabwe sana ?

Bagi ana , Lailatul Qadr tidak perlu dicari waktu dan tarikhnya . Allah menjadikannya begitu supaya hamba - hambanya berusaha mencarinya dengan cara memastikan setiap masa diisi dengan ibadah . Lailatul Qadr bukanlah ganjaran yang mudah . Ia adalah reward bagi satu quest yang susah . Dan quest itu ialah ; 'beristiqamah mengejar pahala dan keredhaan Allah' . Maksudnya , kita hendaklah beramal pada setiap detik hari dan malam . Ana yakin , dengan cara itu , kita tidak ketinggalan walaupun satu saat mensiakan malam penuh keberkatan yang kita tidak tahu bila waktunya .

Wallahua'alam . Moga bermanfaat .

kekkaca
2241
20091433
rumah

No comments:

Post a Comment