Pages

Saturday 24 September 2011

Takut kan terjatuh

Dengan nama Allah ....

Hidup di dunia seperti yang semua manusia maklum , adalah sementara . Malah , orang bukan muslim sekalipun yakin semua hidupan akan mati . Manusia , haiwan , tumbuhan dan lain-lain . Cuma yang membezakan adalah alam selepas alam hidup ini . Bagi kita , orang islam (tak tau la kalau ade yang tengah baca ni bukan orang islam atau islam bukan orang) , terpahat keyakinan akan kehidupan selepas mati atau akhirat , walau mungkin keyakinan tu tak terlihat dalam amalan kita seharian . Serosak-rosak orang islam , mereka yakin sekurang-kurangnya 5 rukun iman .

Semalam terfikirlah oleh saya (ceyh ayat...) , 'untuk apa aku hidup , buat apa aku hidup' ? Kalau lah akhirat itulah kehidupan sebenarnya , baik tak payah hidup . Terfikirlah oleh saya beberapa sebab manusia hidup di dunia ini sepertimana yang terdapat dalam Al-quran .

Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaku , 
Sesungguhnya aku akan mencipta khalifah di muka bumi .    

Memang satu sebab yang jelas untuk tujuan hidup manusia di dunia . Sekaligus soalan pertama yang ada kat fikiran terjawab dan tak boleh nak disangkal lagi . Tapi , macam mana pulak untuk soalan yang kedua ? 'buat apa aku hidup?' Kalau dah jelas tujuan kita hidup , a.k.a untuk beribadah kepada Allah , maka dah jelas lah juga tempat kita selepas hidup . Bukankah Nabi Muhammad dah melihat keadaandi neraka dan syurga dalam peristiwa israk mikraj ? Bukankah pada masa itu Rasulullah dapat bayangan akan penghuni neraka dan syurga ? Maha suci Allah yang menciptakan segalanya . Buat apa kita hidup di dunia pada masa yang sama takdir kita telah tercatat sebelum kelahiran kita . Perjalanan hidup dan pengakhiran kita telah ditentukan .

Ya Allah yang membolak-balikkan hati , tetapkanlah hati kami atas agamaMu , dan kataatan kepadaMu . Tak berpuas hatilah akan saya jawapan-jawapan yang saya terima selama ini . Apa yang terfikir oleh saya , hidup di dunia ini adalah kehidupan . Meskipun hidup di dunia adalah la'ibun wa lahwun wa zinah , hidup tetap kehidupan . Walaupun persinggahan , inilah kehidupan . Sungguhpun ujian , ia tetap nikmat . Kejar dunia untuk akhirat . Kejar dunia jangan lupa akhirat . Sebelum berangkat ke barzakh , dunia adalah dunia kita .

Beramal sepertimana kamu akan mati esok , bekerja sepertimana kamu akan hidup selama-lamanya .

Dan carilah apa yang telah dikurniakan kepada kamu pada hari akhirat . Dan jangan kamu lupakan bahagian kamu di dunia                                   (al qasas;77)


Walaupun takdir Allah dah menentukan segalanya , kita tetap hidup kerana kita tidak tahu takdir kita . Cuba fikir jika kita terus dicampakkan ke neraka sebagai kehidupan pertama . Apakah kita tidak akan persoalkannya kepada Allah . Sekurang-kurangnya kita jika kita dimasukkan ke neraka selepas hidup di dunia , kita tahu akan sebab kita ke neraka . Malah , jika kita tidak hidup di dunia , kenikmatan tak terhingga syurga Allah tidak akan terasa kerana kita terus dimasukkan ke dalam syurga ( apa pulak akan jadi kat pintu rayyan yang panggil2 orang berpuasa , sorang pun x datang ) .

Maka , sebagai hamba Allah yang beriman , marilah kita bersyukur dan menghargai kehidupan di dunia . Jangan tinggalkan dunia sekalipun ia adalah ibarat bangkai . Jagalah langkah kita sebagai hamba Allah , jangan sampai jatuh tersungkur . Ingat , dunia adalah tangga untuk ke akhirat .

(Saya ada satu soalan nak tanya , adakah takdir kita yang telah tercatat di sisi Allah tercatat juga mengenai kehidupan kita di alam akhirat , atau hanya di alam dunia ; rezeki , ajal dan sebagainya sahaja . Ade sesiapa yang boleh tolong jawabkan? Kalau boleh kasi dalil naqli sekali =p)

Tuesday 13 September 2011

1 + 1 = ?

Ahai... lama benar nak siapkan satu post . Lama sangat dah tak buka blog . Satu , semestinya tak punya idea yang nak dicurahkan . Saya ni susah sangat nak betul-betul ambil kisah hal-hal semasa . Nak komen nak ulas tak payah cakap aa . Lagi satu , baru baru ni agak malas aa nak surfing2 ni . Malas pulak tu nak cari bahan .

Papepun , time saya tulis ni tengah malam raya ke 2 . Semua tengah happy-happu lagi bahana raya fitrah ni . Tapi bagi saya , sebenarnya saya tidak berapa suka akan 1 syawal ni . Pagi bangun kat kampung , ramai-ramai , pastu salam2 , pastu solat sunat , balik tu tawaf lak sekeliling kampong , kalau hari tu jumaat dapat bonus pulak gi solat jumaat , balik sambung ziarah sedara-mara , hidup-mati . Sesudahnya , time ziarah rumah second last , tertidur kat sofa tengah ramai dengan khusyuknya . Bukan saya nak riak kata "sedihnya Ramadhan dah berlalu" , malah , kalau ikut hati , best la tak payah dah solat tarawih banyak2, tak ke (XD) ? ( sampai sini , da tak ingat nk tulis ape . skrg da 15 raya dah . lama gile draft ) cmne ni ? nk tulis ape seyh ?