Pages

Saturday 12 May 2012

Pahlawan

Bismillah ,

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis , kini hati saya terbuka lagi untuk menghikayatkan pengalaman dan meluahkan pendapat . 3 bulan yang kosong di laman blog ini tidak bermaksud saya tidak mempunyai perkara untuk di coret di sini . Malah apabila saya melihat kembali bahagian post-post saya sebelum ini , terdapat enam lagi entri yang tidak disudahkan .



SEORANG PAHLAWAN



Perkataan 'Pahlawan' cukup menarik minat saya pada ketika ini . Pahlawan pada pandangan saya menggambarkan seorang yang kuat,  gagah dan setia dalam mempertahankan sesuatu maruah diri , bangsa atau negara . Dia amat berbeza dengan seorang 'Wira' yang pada saya menunjukkan seorang penyelamat di saat saat genting . Wira sering dijadikan tema dan watak utama sesebuah cerita , dan biasanya dikaitkan dengan menang-setelah-kalah atau muncul-lewat-pada-saat-saat-genting . Bagi Pahlawan , walaupun jarang dijumpai , namun kewujudannya dalam filem biasanya menceritakan bahawa seorang pahlawan sering dilupai jasanya .

Golongan yang mengagumi dan memuja para Wira adalah majoriti dan ini menarik minat saya untuk mengangkat martabat seorang pahlawan mengikut pendapat saya sendiri .

1- Seorang pahlawan amat setia pada ketua , bangsa atau negaranya . Sudah pastinya dia rela mati daripada berbuat khianat . Malah , dia akan melaksanakan sesuatu arahan walau akan mengorbankan orang yang dia sayangi , seperti Hang Tuah yang bertarung dengan Hang Jebat atas arahan sultan .

2- Seorang pahlawan sanggup berkorban untuk orang lain walau dia tahu pengorbanannya tidak akan dihargai . Hatinya tidak akan tersinggung kerana seorang pahlawan sentiasa berasa patah hati . Orang lain tidak akan faham betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka .

3- Seorang pahlawan tidak mempunyai belas kasihan terhadap musuhnya . Sekali dia menganggap seseorang itu musuh , dia akan terus membencinya walau musuh itu telah beralih ke pihaknya . Sifat belas kasihan hanyalah musuh kepada hati yang ingin terus berjuang .

4- Seorang pahlawan tidak ingin menjadi legenda , tetapi dia amat menyanjungi dan mengagumi legenda . Dia amat bangga dengan pahlawan pahlawan yang telah gugur dan menjadi legenda , tetapi dia tidak pernah terfikir untuk menjadi legenda dan dikagumi generasi akan datang .

5- Seorang pahlawan tidak akan berundur atau mengalah . Lebih lebih lagi untuk mengaku kalah sebelum bertanding . Dia akan berjuang bersungguh sungguh walau dia tahu lawannya pasti akan mengatasinya dan membunuhnya .

6- Seorang pahlawan tidak berkongsi rahsia dan masalahnya dengan orang lain . Hidupnya sentiasa keseorangan , dan dia tidak akan meluahkan perasaannya walau kepada sesiapa . Segala masalah dan rahsianya akan dijaganya sehingga akhir hayat .

7- Seorang pahlawan tidak mengenal erti takut . Terutamanya takut untuk mati . Bukanlah seorang pahlawan jika mempunyai sifat takut walau pada apa sekalipun . Kerana seorang pahlawan perlu gagah dan berani menghadapi sebarang cabaran .



Kesimpulan dari perkara perkara di atas , tidak ramai yang mampu menjadi seorang pahlawan . Dan tidak ramai manusia yang ingin menjadi seorang pahlawan sebenar , pahlawan sejati yang mempunyai ciri ciri di atas .

Wallahua'alam , apa yang baik datangnya dari Allah , segala kelemahan adalah berpunca dari kekurangan saya sebagai manusia biasa . Sekali lagi diingatkan apa yang saya coretkan di sini adalah pendapat saya dan sesiapa yang membaca mempunyai hak untuk menerima atau menolaknya .

Sekian,
kekkaca
seremban
14.mei.2012
jam 2019