Pages

Monday 11 February 2013

Novel Intelligentsia Pertama

Bismillah,
Akhirnya saya memutuskan nama bagi novel intelligentsia pertama, walaupun kemungkinan ia akan berubah. Tapi jalan cerita insyaAllah tak lari banyak.

Saya berharap pembaca tidak meletakkan saya di standard yang agak tinggi kerana saya masih tidak pasti adakah idea dan gaya penceritaan saya diterima oleh kebanyakan orang.

Walaubagaimanapun, doakan yang terbaik...amin..

INTELLIGENTSIA : INTERCEPTED

Dalam satu cerita kehidupan, episod yang paling indah ialah alam asrama. Mengenal diri, mengenal rakan, mengenal lawan.

Seluruh cerita ini adalah satu episod. Episod Akira bersama Ayip, Jiji, Wawa, Ryan, Fendi, Aju, Dina, Koi, Aman, Amin, Suraya dan Jimmi.

Akira telah menemui satu daripada warna kehidupan di Sekolah Menengah Tinggi Saujana, warna persahabatan. Namun, episod Akira dan sahabatnya bukanlah riang ria suka suki. Mereka merancang untuk menjatuhkan rebellers sekolah. Dengan itu, mereka juga dilabel rebellers.

Merangka perancangan demi perancangan, akhirnya mereka terpaksa mengambil langkah yang lebih agresif, bunuh. Segala perancangan diatur. Segala keperluan dicari. Hinggalah perancangan lengkap segalanya.

Namun, tiada yang menjangka....

INTERCEPTED!!

Perancangan mereka terpintas oleh perancangan yang sama oleh pihak lain. Perlaksanaan kedua-duanya menjadikan ia dua kali ganda hebat. Dua kali lebih pantas!

Takdir, segala yang berlaku membawa Akira kembali meneroka masa lalunya, satu episod lain yang lebih panjang dari yang disangkanya. Intelligentsia!

p/s: sinopsis plot demi plot sila bersabar... sedang diusahakan.

Wednesday 6 February 2013

I'm Back

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang .

     Tahun 2013 telah bermula lebih sebulan , namun saya masih terdiam tidak mempunyai idea untuk dicurahkan ke laman ini . Saya teringat kembali azam saya pada tahun 2011 ketika saya ingin menghasilkan satu laman blog ;
     "Saya akan pastikan blog ini hidup selama saya hidup . Walau tak ramai yang membacanya"

     Sejak tamat zaman persekolahan , saya kini kekurangan idea dan pendapat . Barulah saya sedar sekolah itu ialah tempat yang penuh dengan ilmu , secara langsung atau tidak . Jujurnya saya tiada modal untuk menulis bagi post pertama tahun ini . Namun , untuk mengembalikan semangat saya , saya kini memperbaharui laman ini walaupun agak simple dan tanpa mengedit yang serius . Kerana saya masih lemah dalam meng-adobe .


KENAPA INTELLIGENTSIA ?

     Bagi yang mengenali saya , atau blog saya , mereka pasti tahu cita cita saya yang terdekat . Menghasilkan sebuah novel yang bertajuk INTELLIGENTSIA . Jika ada sesiapa yang berharap dapat melihat penulisan tersebut saya memohon maaf kerana ia agak lambat walaupun progressnya berjalan . Menulis lebih susah daripada apa yang saya bayangkan dahulu .
     Apapun , bagi saya Intelligentsia memberi maksud yang variety , dan saya berhajat menjadikan ia sebagai tema saya . Dalam penulisan novel , ia adalah satu siri cerita . Dalam hal lain , saya juga menjadikan ia sebagai nama seperti username ketika bermain DOTA , dan sebagainya .
     Lagi satu , dengan nama Intelligentsia , saya akan cuba memastikan blog ini bergerak seiring dan selari dengan novel Intelligentsia . Update mengenai penulisan akan saya beritakan dalam masa terdekat ini . Kepada semua yang telah mendapat khabar sedikit mengenai novel saya , saya minta maaf kerana banyak perubahan dalam rancangan yang saya telah buat . Buat masa ini , full draf terbaru adalah bertarikh 31 Jan 2013 . Jika saya rasakan perlu kepada perubahan , saya akan mengubah draf tersebut . Menjadikan draf tersebut hanya akan betul betul sempurna setelah saya habis menulis novelnya .
     Terima kasih atas penantian , sekian 

Wassalam....
xin
7-2-2013
10:10am