Pages

Sunday 12 August 2012

Seni itu Unik . Unik itu Seni .

Yeah ... Ops .

Bismillah .

Firstly , ana bacakan quote ana ;

         A normal thing can be a unique thing by the way we think .




Sudah menjadi norma kehidupan manusia biasa , ' Biasa kepada benda biasa dan tidak biasa pada benda yang luar biasa ' . Tetapi bagi manusia luar biasa , ' Biasa kepada benda luar biasa dan tidak biasa pada benda biasa ' .

Tetapi kali ini , ana akan berceloteh pasal perkara yang bukan luar biasa tetapi tidak biasa . Perkara yang tidak dipandang oleh kebanyakan manusia biasa dan luar biasa . Iaitu perkara yang UNIK . Unik boleh menjadi benda yang paling menarik untuk dijadikan simbol pengenalan diri kita .

Benda yang unik hanya dihargai oleh sebahagian manusia , kerana unique is art , and only artist can appreciate it .

Percaya atau tidak , perkara biasa boleh menjadi unik dengan cara kita fikirkannya . Contoh mudah ; dalam peperiksaan objektif , kita diberi pilihan A , B , C dan D untuk mencari jawapan yang paling tepat . Ini adalah perkara biasa , kan? Jadi , kita tukar cara fikir ..... Dalam peperiksaan objektif , kita diberi empat pilihan iaitu A , B , C dan D . Tetapi realitinya , kita hanya perlu memikirkan jawapan yang betul pada A , B dan C sahaja . D ? D itu hanyalah jalan terakhir jika kita tidak memilih antara A , B dan C . Hehe , tak ke unik berfikir macamtu ? Padahal dua dua benda sama . Kalau tak faham , jangan cuba nak fahamkan , kerana yang faham hanyalah orang seni . Kihkihkih.....

Entri kali ini saja saja tulis sebab bosan macam apa . Sekarang tengah dalam perjalanan menuju ke asrama !

Wallahua'alam

kekkaca
12082012
rumah-sekolah

3 comments:

  1. Memang entri yang menampakkan kebosanan anda. Haha.. Nak lagi unik, di antara A.B,C, dan D kita pilih Z.. Amacam? Kan luar kotak tu..

    ReplyDelete
  2. x, x luar kotak lagi tu night aves, nak luar kotak mesti mnggunakan abjad yg extra-terrestial, yg bukan asalnya dari bumi, antara pilihan A.B,C atau D, pilihlah ________.
    anda reka la sndiri abjad tu.
    Seni itu halus,
    hanya yg halus sahaja dapat menghayatinya,
    bukan makhluq halus ya

    ReplyDelete
  3. Extra-terrestrial itu adalah jawapan Steven Spielberg, Dragunov.

    ReplyDelete