Pages

Thursday 29 December 2011

Ketiga Daripada Dua

Bismillah , semoga apa yang lahir dari hati dan benak ini tersinggah di benak dan hati pembaca.....

PILIHAN SENDIRI.....

Seperti yang hak dan yang telah dipelajari , semua benda di dunia mahupun akhirat adalah milik Tuhan yang maha satu . Pada zahirnya segala yang ada pada kita , yang boleh kita katakan , " ini milik aku " sebenarnya adalah milikNya juga . Namun setiap diri mempunyai sesuatu yang layak dikatakan " milik aku " , iaitu adalah PILIHAN .

Setiap dua perkara yang berbeza berkait rapat dengan pilihan ....

" Allah mengilhamkan jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan . Maka berjayalah orang yang menyucikan . Dan rugilah mengotorinya "

Contoh yang diambil daripada Al-Quran , surah As-Syams ayat 7-9 . Dalam ayat tersebut Allah membentangkan dua jalan untuk dipilih . Dan Allah menerangkan jua akibat bagi pilihan-pilihan yang ada .
Ini menunjukkan pilihan adalah milik orang yang perlu membuat pemilihan , dengan kata lain , diri kita .

Namun pilihan bukan sekadar pemilihan antara dua jalan seperti contoh di atas , tetapi juga dalam setiap detik kehidupan , segala perkara yang kecil mahupun besar . Tiada paksaan dalam memilih . Kerana pilihan itu adalah milik setiap individu tersebut , dan pilihan adalah milik masing-masing . Tiada yang dapat memilihkan seseorang apa yang dia kehendak atau tidak .

Saya menegaskan bahawa pilihan adalah hak masing-masing . Barangsiapa yang tidak hormat akan pilihan orang lain , maka dia telah melanggar hak orang tersebut . Sepatutnya manusia tidak perlu mencampuri sebarang urusan pemilihan yang dibuat oleh rakan mereka atau sesiapa sahaja , kerana individu tersebut sepatutnya jelas dengan akibat daripada pilihan yang akan dibuat .

KETIGA DARIPADA DUA.....

Bagi saya , terdapat pelbagai situasi yang melibatkan pemilihan , dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar agenda . Kebanyakan pemilihan mempunyai dua pilihan asas . Seperti jika kita diminta untuk menolong kawan kita , terdapat dua pilihan asasnya yaitu 'mahu' dan 'tidak mahu' . Namun , saya lebih cenderung dan bersetuju untuk setiap pemilihan untuk pemilih memilih pilihan ketiga . 

Mereka yang positif akan mengatakan pemilihan ketiga aadalah escapisme . Namun bagi mereka yang negatif dan pesimis , pilihan ketiga adalah pilihan terbaik dalam kebanyakan situasi . Dan bagi mereka yang merasakan tidak patut untuk seseorang membuat pilihan ketiga , saya menegaskan sekali lagi bahawa setiap pilihan adalah hak masing-masing dan barangsiapa yang tidak hormat akan pilihan orang lain , maka dia telah melanggar hak orang tersebut .

-in the name of principe , i would say third choice is the best-

wassalam....

kekkaca
rembau
29/11/11
11.27pm

No comments:

Post a Comment