Pages

Saturday 9 March 2013

Persaingan Kaki Kanan dan Kiri

(Gambar hiasan.. Google je)
Kaki kanan dilangkah...
Kaki kiri pula dilangkah...
Kaki kanan dilangkah kembali...
Kaki kiri melangkah lepas tu...

     Mata saya tak lari dari kedua-dua kaki ketika dalam perjalanan pulang dari masjid. Satu idea baru muncul di fikiran,

     "Selepas kaki kanan melangkah, kaki kiri melangkah lebih terkehadapan dari kaki kanan. Dan selepas itu, kaki kanan melangkah lagi melebihi kaki kiri"

     Minda pantas berputar (ayat je. tak tau macam mana minda tu boleh berputar pasal minda adalah abstrak) mencari persamaan yang boleh dikaitkan dengan fenomena ini. Akan ku postkan di laman blog yang sekian lama menyepi dari idea aku!

Bismillah,

PERSAINGAN DALAM KEHIDUPAN


     Bersaing dalam pelajaran, bersaing dalam perniagaan, bersaing dalam permainan, bersaing dalam amalan kebaikan, dan macam-macam lagi. Semuanya adalah persaingan yang membawa keuntungan kepada pihak-pihak yang bertanding jika persaingan dilakukan dengan sihat dan tanpa sabotaj.

     Contohnya, dalam satu kelas, terdapat dua murid yang hebat dalam mata pelajaran Physic. Mereka sering bersaing untuk mendapat markah tertinggi dalam setiap ujian.

     Persaingan berlaku. Murid A mendapat markah yang lebih tinggi dari Murid B. Satu masa kemudian, Murid B mendapat markah yang lebih tinggi dari Murid A. Keadaan itu berlaku berulang kali dan mewujudkan seperti yang saya katakan tadi, persaingan sihat yang menguntungkan pihak-pihak yang bersaing.

     Kenapa? Bagi yang tidak pernah berfikir, saya beritahu. Dengan terdapat dua pihak yang bersaing, mereka akan sentiasa mengekalkan prestasi supaya tidak ketinggalan jauh dalam persaingan itu. Malah, mereka akan berusaha meningkatkan pencapaian supaya sentiasa terkehadapan dalam persaingan itu. Dalam contoh tadi, tanpa mereka berdua sedari, masing-masing mencapai kejayaan yang cemerlang dalam mata pelajaran Physic.

     Cuba bayangkan pula jika tiada persaingan dalam mata pelajaran itu. Hanya seorang murid yang layak digelar hebat. Dia tidak akan mampu menilai kehebatannya dalam pelajaran itu. Dia juga tidak mampu melihat tahap yang lebih hebat dari tahap dia berada. Akhirnya kehebatannya itu hanya bertakuk di situ.

     Begitulah yang dapat saya simpulkan dan kaitkan dari pemerhatian langkah kaki.

     Saya memerhatikan kaki kanan ketika kaki kiri melangkah jauh kehadapan. Mungkin dia berasa tercabar dan membuat keputusan untuk melangkah lebih ke hadapan. Begitu juga dengan kaki kiri. Melihat kaki kanan yang telah memecutnya, dia tidak lagi berfikir untuk dapat menyamai, tetapi dia mahu melebihi. Masing-masing berlumba untuk membawa tubuh badan ke hadapan.

     Akhirnya...

     Badan kita yang bergerak jauh dari yang kita sangka. Saya akhirnya tiba di hadapan rumah. Kaki kanan dan kaki kiri saya pun akhirnya berhenti bersaing dan mereka berada dalam kedudukan setaraf. Masing-masing telah berjaya.

     Begitulah,
     Bayangkan pula jika kaki kanan yang melangkah, kaki kiri yang melangkah kemudian berhenti di tempat kaki kanan. Kemudian kaki kanan akan melangkah kehadapan lagi. Kaki kiri sekali lagi melangkah dan berhenti di tempat kaki kanan.

     Bukankah pelik begitu?

     Kaki kiri tiada perasaan mahu menyaingi kaki kanan. Akibatnya tubuh badan yang lambat tiba ke destinasi.

     Bagaimana pula jika persaingan berlaku dalam keadaan tidak sihat? Sabotaj mensabotaj. Tentunya kesannya juga akan terbalik. Kita gunakan contoh dua orang Murid tadi.

     Dua-dua mahu mendapat markah lebih tinggi dan dua-dua membuat keputusan melakukan sabotaj.Waktu belajar, Murid B mengganggu konsentrasi Murid A dengan membaling sampah, mengajaknya berbual, dan sebagainya. Waktu prep, Murid A pula mengajak Murid B untuk melakukan perbincangan mengenai Physic, tetapi dia menggunakan pelbagai maklumat yang salah supaya Murid B akan terkeliru dan tertukar dengan maklumat yang betul.

     Apa akan jadi seterusnya? Dua-dua tidak berjaya. Murid B yang sibuk mengganggu konsentrasi Murid A, pasti juga tidak fokus dalam pelajaran itu. Dan maklumat-maklumat palsu yang diterangkan oleh Murid A kepada Murid B, siapa tahu akhirnya dia yang sendiri terkeliru.

     Dan Physic kehilangan dua pelajar yang berpotensi untuk mendapat A+.

     Begitu juga dengan kaki.

     Kaki kiri yang melihat kaki kanan melangkah lebih terkehadapan, membuat keputusan untuk menyadung kaki kanan dari belakang, supaya kaki kanan tidak dapat melebihinya lagi. Dan benar, kaki kanan jatuh terlentang. Tetapi pada masa yang sama kaki kiri juga jatuh tersembam. Akibatnya, tubuh badan pula yang jatuh tergolek.

     Begitulah ia, salah satu norma kehidupan.

    Wallahua'alam. Semoga bermanfaat. Bersama kita bersaing dalam keadaan sihat.

KEPNTINGAN BERSAING DALAM KEHIDUPAN.
KEPENTINGAN PERSAINGAN SIHAT DALAM KEHIDUPAN.

XiN
22:56
9-3-2013

1 comment: