Pages

Monday 11 February 2013

Novel Intelligentsia Pertama

Bismillah,
Akhirnya saya memutuskan nama bagi novel intelligentsia pertama, walaupun kemungkinan ia akan berubah. Tapi jalan cerita insyaAllah tak lari banyak.

Saya berharap pembaca tidak meletakkan saya di standard yang agak tinggi kerana saya masih tidak pasti adakah idea dan gaya penceritaan saya diterima oleh kebanyakan orang.

Walaubagaimanapun, doakan yang terbaik...amin..

INTELLIGENTSIA : INTERCEPTED

Dalam satu cerita kehidupan, episod yang paling indah ialah alam asrama. Mengenal diri, mengenal rakan, mengenal lawan.

Seluruh cerita ini adalah satu episod. Episod Akira bersama Ayip, Jiji, Wawa, Ryan, Fendi, Aju, Dina, Koi, Aman, Amin, Suraya dan Jimmi.

Akira telah menemui satu daripada warna kehidupan di Sekolah Menengah Tinggi Saujana, warna persahabatan. Namun, episod Akira dan sahabatnya bukanlah riang ria suka suki. Mereka merancang untuk menjatuhkan rebellers sekolah. Dengan itu, mereka juga dilabel rebellers.

Merangka perancangan demi perancangan, akhirnya mereka terpaksa mengambil langkah yang lebih agresif, bunuh. Segala perancangan diatur. Segala keperluan dicari. Hinggalah perancangan lengkap segalanya.

Namun, tiada yang menjangka....

INTERCEPTED!!

Perancangan mereka terpintas oleh perancangan yang sama oleh pihak lain. Perlaksanaan kedua-duanya menjadikan ia dua kali ganda hebat. Dua kali lebih pantas!

Takdir, segala yang berlaku membawa Akira kembali meneroka masa lalunya, satu episod lain yang lebih panjang dari yang disangkanya. Intelligentsia!

p/s: sinopsis plot demi plot sila bersabar... sedang diusahakan.

1 comment: