Pages

Wednesday 20 March 2013

Update Intelligentsia:Intercepted I

     Alhamdulillah, progress penulisan saya dah mencapai 20 peratus. Sejujurnya saya kehilangan 10 peratus dalam tempoh dua minggu lepas kerana laptop tak dapat dibuka ditambah lagi dengan sakit yang datang tiba-tiba. Menjadikan target saya untuk menyiapkan novel ini menjelang bulan empat tidak kesampaian. Dan kini juga baru saya sedar saya tidak mampu menulis dengan pantas. Jadi, buat waktu ini, saya meletakkan target untuk menyiapkannya dalam bulan tujuh.
     Saya juga telah mendapat feedback dari beberapa rakan saya beri kebenaran untuk baca penulisan saya ini. Terbukti kini saya memang tidak berbakat dalam menulis genre thrill dan aksi. Dan yang lebih mengejutkan saya sehingga mulut terlopong, saya dikatakan menulis sentimental dan jiwang.
     (Tolonglah wei)
     Tapi selepas tu saya baca kembali novel tu dari awal sampai yang dah siap tulis. Dan agak mengecewakan saya, apa yang mereka kata itu betul. Cuma cut part jiwang tu.
     Mereka kata juga, novel tu agak jauh dari persepsi mereka bila saya menerangkan dengan mulut. Jadi, saya rasa memang bukan thrill la jadinya nanti.
     On the bright side, dikatakan novel ini boleh dianggap menarik. 'Boleh tahan'lah untuk novel pertama. Tak tahulah mereka cakap hanya untuk menjaga hati atau apa... Tapi saya dapat pengajaran yang berguna, iaitu
     "Kepada semua pembaca, jangan letak expectation tinggi ya"

     Lagi satu, ada sorang yang komen mengenai tajuk novel ni, 'Intercepted'.. Dikatakan agak tidak kena dengan storyline yang dah ditulis. Saya tak menyalahkannya kerana peristiwa 'intercept' tu berlaku di akhir novel ni. Tapi ia buat saya berfikir untuk meletakkan tajuk yang lebih wajar.
     Anyway, selepas progress novel ini melebihi 50 peratus, saya akan buat sinopsis baru yang lebih tepat, dan akan pertimbangkan cadangan-cadangan nama.
   
Wallahua'alam.

2 comments:

  1. Ambil kritikan orang itu sebagai panduan. Dalam menulis novel fiksyen, ada part kita boleh syok sendiri, ada part kita kena orang lain syok walaupun kita tak syok.

    ReplyDelete
  2. kami berminat nak tau lebih lanjut mengenai novel saudara. boleh emel kami di missynovelle@gmail.com

    ReplyDelete