Pages

Friday 21 October 2011

Sekalilah sekali lagi.... (tiada salah dan benar)

Dengan nama Tuhan....
           
Mungkin apa yang akan saya tulis kali ini sangat membosankan , kerana ia lebih kepada luahan rasa hati daripada pengisian yang memuaskan hati .....

Saya pun tidak tahu sejak bila pula saya rasa penat . Penat entah la . Tak berani sangat nak cakap penat nak hidup sebab amal tak cukup lagi . Manusia memang susah nak bersyukur .... mungkin itulah yang dapat dikonklusikan daripada apa yang saya rasa . Sebab apa?? Entah . Sebab ada dua benda yang saya selalu buat saya rasa .. entah . Tak tau nak cakap camne .... mungkin penat kot .

Satu , saya rasa macam hidup ni.... entah . Tapi rasa macam tak berguna . Penat nak hidup . Penat ... Malas nak jumpa esok . Tak ada benda yang saya nak kat dunia ni . Akhirat? Entah . Macam tak kisah sangat , cuma confirm-confirmla tak nak masuk neraka . Apa sebenarnya benda yang nikmat ? Benda yang buat kita rasa seronok sangat . Takde ke benda yang buat kita tak sabar-sabar nak tunggu esok ? Bagi saya... Entah . Bosan giler hidup sendiri .  Nak tukar hidup dangan orang lain boleh dak? Entah . Malas pula nak cakap dramatik giler .

Satu lagi , berkesinambungan daripada yang pertama , sebab tu lah saya rasa macam...entah la . Tak tau caner nak cakap . Mungkin , saya rasa saya rasa rindu giler2 dan nak pergi kembali ke tahun lepas . Kalau tak pun 3-4 tahun lepas . Entah la sebab apa . Mungkin tu lah time yang saya rasa ada jugak benda yang saya nak tunggu . .....entah la . Arghhh! Tak suka giler camni . Sampai tahap tak tahu nak mintak reward apa kalau ada orang nak kasi . Tak kan la nak kata nak balik ke tahun lepas .

Dah jadi orang takde cita-cita lah pulak . Mane pergi semangat ? Mana pergi pendirian dan prinsip hidup ? Mana pergi pegangan pada Tuhan ? Entah . Bukan senang nak bina semula . Kalau fikir pun , macam mana nak ubah seseorang supaya mengejar redha Tuhan kalau orang tu pun tak kisah dengan ganjaran yang dia akan dapat ? Macam mana nak suruh seseorang itu berusaha pada masa yang sama dia tidak mahu mencapai apa-apa ?

Terasa macam .... apa yang saya tengah buat sekarang semuanya hipokrit . Tu lah benci giler tu .... dah penat... tapi tak boleh nak berhenti... sebab apa? entah .... bukan boleh balik ke tahun lepas pun . bukan boleh tiba-tiba rasa suka pada satu benda atau tiba-tiba hidup ini ada benda nak capai ? Entah . tapi mungkin itu sebabnya saya penat.... penat hipokrit . Ke... penat terpaksa sebab nak hidup . Nak hidup ? Kalau tanya balik betul ke ..... jawabnya entah.... tapi kalau mati tak kena seksa kubur ngan akhirat , macam tu yang lebih baik .

Tapi sebab penat... penat lah... Itulah sebab saya nak sangat balik ke tahun lepas yang mana pada masa itulah saya rasa hidup ini tak hipokrit . Walaupun rasanya masa itu tak seseronok mana... tapi sekurang-kurangnya tak lah penat..... Entah..... Kosong~  hai...

No comments:

Post a Comment