Pages

Saturday 29 October 2011

Pengembaraan Di dalam (satu tanda)

Bismillah...

Ada benda yang seseorang tidak boleh nak describe dengan tepat ciri-ciri fiziknya . Walaupun benda-benda tersebut belum tentu mempunyai fizikal , macam rasa sakit . Seseorang hanya boleh gambarkan kesakitannya tanpa orang yang mendengar boleh merasakannya . Tapi tidak semua yang tidak boleh digambarkan adalah perkara-perkara abstrak , contohnya ialah kepayahan . Dalam beberapa keadaan , kesusahan atau kepayahan adalah suatu benda yang konkrit . Namun , tiada yang mampu memahaminya selain orang yang mengalaminya sendiri...

Tidak semua orang memahami seperti yang anda fahami . Adakah anda tahu bahawa huruf A yang anda telah kenal pada ketika kecil , tidaklah sama dengan A yang saya kenal sewaktu kecil .Oleh itu manusia perlukan komunikasi di antara mulut supaya minda mereka berkembang dan terbuka . Dan , manusia juga perlukan komunikasi antara hati untuk menyampaikan perkara yang tidak boleh disampaikan antara mulut . 

Kadang-kadang terlalu banyak perkara yang banyak kebenarannya , ataupun kita fikir begitu kerana kita tidak tahu mana satukah kebenarannya . Sampai satu masa kita tidak menerima semua kenyataan walaupun ada di antaranya adalah benar . Untuk itu , kita tidak boleh memaksa , untuk terima sesuatu yang kita tidak mahu . Luaskan minda , terimalah sesuatu yang tidak kita suka itu dari sudut yang lain . Fahamkanlah kenyataan , walau sepahit dan sesakit mana pun . Ucapkanlah yang benar , walau sekecil manapun halnya .

Kita tidak tahu , malah terdapat beberapa orang yang tidak pernah terfikir bahawa segala yang terjadi mempunyai banyak sebab yang tidak akan mereka ketahui . Tahukah mereka bahawa setiap yang terjadi adalah menjadi penyebab kepada setiap yang lain . Garis hidup seseorang bersandar pada garis hidup seratus orang . Dan garis hidup seseorang mempengaruhi garis hidup seratus orang di sekelilingnya . Tidak semua orang merasa seronok dengan kehidupannya , dia sentiasa melihat orang lain lebih darinya , tanpa menyedari dialah antara penyebabnya . Bayangkan jika dia memutuskan untuk membunuh orang yang dia lihat lebih bahagia darinya . Maka dia akan menyebabkan ahli keluarga orang tersebut berasa sedih .

Wallahu a'lam.......




                           I am puzzled with the truth that slip into my ears
                           The truth is so pain and where do I find strength to stand?
                           
                           I was told that I was just one of the countless dust on this planet
                           But that is something I cant yet comprehend
                           I have no choice but to pretend that
                           I am a warrior who knows no fear.
                           

1 comment:

  1. pengembaraan minda dan hati. sangat menarik. psychologically true.

    ReplyDelete