Pages

Tuesday 21 June 2011

Masa dan waktu

Usia dan kehidupan antara masa . Kehidupan dan usiaku berlari selari dengan perjalanan masa . Sekalipun pada ketika aku tidak sedar usiaku meningkat , masa dan waktu terus sahaja berlalu . Kehidupan pula , sentiasa berada di tengah-tengah masa dan waktu . Kehidupanku suatu ketika dahulu berlaku pada suatu masa dan waktu terdahulu . Masa dan waktu akan datang pula... ahh... bagaimana mungkin aku dapat melihat kehidupanku esok , malah beberapa saat lagi pun tidak mungkin . Ya... itulah ia . Itulah ia yang menjadi batasan setiap individu dalam kehidupan . Itulah ia yang tidak membolehkan seorang manusia membetulkan kesilapan  dahulu , lalu menyebabkanku hanya mampu menyesalinya . Itulah ia yang membatasi manusia untuk membaca dan melihat perkara akan datang , lalu menyebabkanku tidak dapat melihat akibat yang akan terjadi akibat perbuatanku suatu ketika dahulu . Itulah ia...

Masa dan waktu.

Suatu ketika dahulu . Aku sangat benci mendengar jam berdetik kerana merasakan ia berlari dengan laju . Aduhai masa.. Suatu ketika dahulu . Aku sangat benci mendengar jam berdetik kerana merasakan ia merangkak dengan perlahan . Aduhai waktu.. Berapa lama sudah aku mengenali , namun aku tetap
tidak berasa cukup , tetap tidak berasa syukur . Tunjukkanlah kepadaku masa... perjalanan kita seiring . Aku dengan kehidupan aku , kamu dengan aliran kamu . Agar aku sentiasa menyedari diriku semakin beranjak ke usia tua  . Buktikanlah kepadaku waktu...aliranmu tetap . Aku dengan urusan aku , kamu dengan perjalanan kamu . Agar aku sentiasa manfaati lambat dan lajunya kamu .

2 comments:

  1. Ni mesti huraian dari lagu Saujana Masa dan Waktu..

    ReplyDelete
  2. jawapannya : salah ...!
    haha tp mcm blh kait gak

    ReplyDelete