Pages

Wednesday 15 June 2011

Golongan kafir

Allah berfirman dlm surah Al-Baqarah yg b'mksd:

"Sesungguhnya orang kafir itu sama saja bagi mereka kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka azab yang amat berat."
( 1 , 6-7 )

Dlm ayat diatas Allah menerangkan bahawa kesemua pancaindera termasuk hati orang kafir telah tertutup dari melihat kebenaran. Disebabkan itu, mereka tidak beriman dan melihat kebenaran walaupun telah diberi peringatan. Pada akhir ayat pula disebut, 'bagi mereka azab yang berat'. Ketika membaca ayat ini sebentar tadi, terlintas satu perkara yang membuatkan saya terberhenti sebentar dari pembacaan saya. Selama ini saya berada di sekolah yang mana membuatkan saya perlu memberi banyak teguran dan peringatan kepada mereka. Sungguhpun keseluruhan sekolah saya adalah beragama Islam, tetapi banyak juga kekurangan yang saya lihat. Saya terfikir mengenai beberapa pelajar yang telah diberi peringatan beberapa kali oleh guru-guru dan rakan-rakan tetapi masih tetap melakukan keburukan.

Minda saya berfikir, adakah mereka tidak menerima kebenaran ini disebabkan hati dan pendengaran mereka telah dikunci mati oleh Allah? Bukankah Allah mengunci hati dan pendengaran 'orang-orang kafir'?. Jika begitu, samalah keadaan mereka dengan orang-orang kafir yang diceritakan, 'beri peringatan atau tidak beri peringatan, tidak beriman'. (Na'uzubillah).

Mungkin peringatan kepada mereka selama ini kurang berhikmah dan tidak kena pada masanya. Semoga Allah memberi mereka hidayah dan petunjuk kepada kita dan mereka.

"Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti"
"Ya Allah ampunilah dosa sahabat sahabtku, sesungguhnya mereka tidak memahami"
                                                           ~Amin~

No comments:

Post a Comment