Pages

Friday 18 November 2011

Surah amalan

Apa yang saya nak sampaikan di sini adalah surah-surah pilihan yang elok dijadikan amalan dalam seharian ataupun mingguan . Macam mana saya boleh tersampai kepada topik ini ialah apabila terdapat beberapa insan yang terbertanya kepada saya apa fadilat-fadilat surah-surah yang saya baca tiap-tiap hari , jadi saya menyampaikan di sini dengan niat untuk mengkhabarkan kepada sesiapa yang tidak tahu , untuk mengingatkan sesiapa yang telah tahu tetapi lupa , dan mengajak untuk mengamalkan bagi sesiapa yang tahu tetapi tidak mengamalkannya .

Lagi satu , saya tulis di sini hanya yang saya tahu .. ataupun yang saya amalkan . Iaitulah yang saya belajar ketika di tingkatan satu dahulu . Alhamdulillah , saya masih kekal mengamalkannya sehingga kini . Dan maaf , saya tidak mengingati sanad dan lafaz hadis-hadis yang berkaitan , jadi saya hanya menyampaikan isi dan pemahamannya sahaja ye..

"Mulakan hari dengan membaca Yasin dan segala hajat kita pada hari itu akan termakbul"

"Amalkan surah Al Mulk pada setiap malam untuk menghindarkan diri dari azab kubur"

"Rasulullah tidak pernah tidur sebelum membaca surah Al Mulk dan As Sajdah"

"Barangsiapa yang membaca Yasin pada waktu malam , kemudian dia memohon keampunan kepada Allah , maka Allah akan menghapuskan dosanya"

"Baca Al Mulk sebelum tidur pada waktu malam , dan malaikat akan memohon kepada Allah untuk mengampunkan kita"

"Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat , nescaya dia akan diterangi cahaya selama di antara dua jumaat"

"Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada setiap jumaat , maka akan diselamatkan dari fitnah dajjal"

"Orang yang membaca surah Al Waqiah setiap malam , akan dijauhkan dari kepapaan selamanya"

Jadi inilah sedikit sebanyak ilmu saya yang saya boleh kongsikan . Semoga bermanfaat . Dan , feel free to tegur kesilapan saya , feel free untuk tidak terima kerana itu bukan urusan saya =P . Saya hanya berusaha untuk melaksanakan sunnah dan amanat dari Rasulullah;

                'Samapikan dariku walau sepotong ayat'

Dan dari Allahlah segala petunjuk dan hidayah dan assalamualaikum... wallahua'alam

-the end- (oo)v

No comments:

Post a Comment