Pages

Tuesday, 29 November 2011

Soalan Budak Budak

Berikut adalah bebrapa soalan yang saya dapat beberapa minggu ini . Mungkin soalan biasa yang kebanyakan manusia dah tahu . Walaupun ia adalah soalan budak budak , namun masih tetap menarik untuk dikongsi untuk umur-umur remaja dan dewasa . Ia tidak memerlukan ketangkasan untuk mencari jawapan . Saya rasa apa yang perlu untuk menjawab bagi sesiapa yang tidak tahu jawapannya ialah , "eh , macam pernah dengar .. apa yek jawapannya.... ' .

1. Apa yang ada diantara langit dan bumi?

2. Apa beza antara pokok kelapa dan lubang?

3.Apa persamaan antara kapal terbang dan penyu?

4. Apa persamaan antara gajah dan tiang lampu?

5. Kambing apa yang orang cari?

6. Ikan apa ada bulu ketiak?

7. Kenapa gunung berapi tiada di Malaysia?

8. Mi apa yang kita biasa beli di dalam tin?

9. Pokok apa yang orang lari apabila nampak?

10. Sebuah bas berhenti di satu perhentian , benda apakah yang turun dahulu?

11. Seorang lelaki ingin melihat isterinya yang baru melahirkan anak di sebuah hospital , dalam perjalanan
     dia melalui ladang kelapa sawit dan lombong timah . Mengapakah dia menamakan anaknya Fatimah?

12. Bapa Fatimah mempunyai 5 orang anak , Lala , Lulu , Lili , Lele dan....?

13. 1=5
     2=555
     3=555555
     4=5555555555
     5= ?

14. Di sini menjadi pakaian , di sana menjadi ucapan . Apa benda tu ?

15. Benda apa yang baring bila kita berdiri , berdiri bila kita baring , dan sentiasa ikut kita kemana
     sahaja?

16. Jika Rumah Merah di hadapan , Rumah Biru di kiri , Rumah Kuning di kanan , Rumah Hitam di atas,
     di manakah Rumah Putih?

17. Bila tutup , orang mengintai , bila buka , orang marah .

18. Sebutkan 3 persamaan antara Vherdyuipremnusatringkua dan Desomniortriumgokanang ?

19. Kenapakah peti surat diletak di luar kawasan pagar rumah kita ?

20. Apa persamaan antara baju di ampaian dan telefon ?

21. Orang apa yang tidak tidur dan tidak mati ?

22. Orang panjat pokok nampak gunung . Kura kura panjat pokok nampak apa?

23. Sebuah kapal sedang berlayar di lautan , tetiba ombak besar menelan kapal tersebut . Diatas ombak
     itu terdapat kapal yang lebih besar , tetiba seekor paus menelan kapal itu . Dan tetiba seorang budak
     mengambil paus itu dan memasukkannya di dalam poket . Apakah benda yang besar?

24. Apa benda yang ada pada ayah tetapi tiada pada ibu . Ia muncul pada penghujung dunia dan di awal
     akhirat .

25. Apa benda yang lagi dipotong lagi tinggi ?

Argh!! cukuplah setakat ni dulu... tidak dapat nak ingat semua yang kita pernah denagr .. So siapa yang ada soala-soalan atau teka-teka-teki lagi jangan kedekut nak dikongsi ek? Soalan-soalan yang di atas pun saya tak jamin ada orang boleh jawab semua sendiri hahaha ....

Papaepun , semoga terhibur dan bermanfaat insyaAllah .... nk jawapan? Nantikan post akan datang.......

_w_a_s_a_l_a_m_
 (kekkaca)

1 comment:

  1. Yosh.. Dah tukar nama blog? Ingatkan sapa la tadi, kekkaca?

    ReplyDelete