Bismillah.....
Mula ceritanya , lahir seorang bayi di rumah itu . Nirmala .
Sembilan langkah dari pintu belakang rumah itu , ada sebatang pokok epal .
Tiga tahun selepas lahir ... bayi itu kini seorang kanak-kanak yang riang . Dan pokok itu adalah tempat permainannya , bahan permainannya , malah teman permainannya . Dan pokok itu setia terus menemaninya ... dengan rela dan senang . Tersenyum . Tidak terdapat rasa walau sekelumit rimas sekalipun dibaling batu atau disakiti .
Enam tahun kemudian.....
Kanak-kanak itu kini membesar . Dan pokok itu masih menjadi tempatnya bermain dan berehat . Suatu masa , kanak-kanak itu datang kepada pokok epal itu , " wahai pokok , lihatlah ini . Lihatlah apa yang saya dapat . Lihatlah bagaimana keputusan peperiksaan yang saya lalui " , katanya dengan nada yang sangat gembira . Pokok itu tersenyum bahagia . Ia tidak mampu memberikan apa apa kepada kanak-kanak itu . Hanyalah berkata , " engkau memang berhak atas usahamu nak " .
Masa terus berlalu.....
Kanak kanak itu kini seorang remaja yang menetap jauh dari rumah itu . Pokok itu kini kesunyian , tetapi tetap sabar menanti kepulangannya pada setiap hujung tahun . Tersenyum . Memikirkan bagaimana remaja itu akan pulang kali ini dan reaksinya melihat bahawa ia kini telah berbuah ranum . Pastinya pokok itu akan membiarkannya memetik buah-buah itu , dan duduk di bawah rendang tubuh pokok itu sambil bercerita perihal asrama dan kehidupannya selama setahun .
Dan.....
Dia kembali ke rumah itu akhirnya . Pokok itu tersenyum bahagia . Remaja itu memandangnya dengan pandangan muram , " wahai pokok . Aku inginkan sesuatu yang semua rakan-rakanku memilikinya . Dan aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya . Tersenyum pokok itu . " Aku tidak mempunyai wang anakku . Tetapi kau ambillah buah-buah yang banyak ini dan jualkannya . Dengan itu nescaya kau akan mendapat apa yang kau ingini " .Dengan gembira remaja itu segera memetik habis kesemua buah-buah itu . Dan dia terus pergi...
Dan masa terus berlalu.....
Pokok itu masih di situ . Remaja itu kini seorang lelaki dewasa yang sedang mengejar cita-cita . Dan dia amat jarang kembali ke rumah itu . Bagaimanapun pokok itu terus menanti setia untuk lelaki itu pulang . Pokok itu sentiasa mahukan kebaikan terhadap lelaki itu . Sekalipun lelaki itu telah meninggalkannya tanpa sebarang ucapan mahupun 'terima kasih' pada pertemuan terakhir mereka dahulu . Sekalipun lelaki itu kini tidak lagi bermain atau berehat di bawahnya .
Lelaki itu kembal juga . Seperti orang yang sedang tergesa-gesa . " Wahai pokok , aku ingin pergi jauh untuk mengejar impianku . Berikanlah aku kapal supaya aku dapat merentas lautan " . Tersenyum . " Aku tidak mempunyai kapal anakku . Tetapi kau tebanglah tubuhku ini . Dengannya kau boleh membuat sebuah sampan dan belayar meredah lautan " . Dengan gembira , lelaki itu menebang pokok itu dan membuat sebuah sampan dengannya . Dan dia terus pergi dari situ.......
Dan masa berlalu terus.....
Kini sudah bertahun mereka tidak bertemu . Pokok itu masih sentiasa mengingati dan merindui lelaki itu . Pokok itu masih ingin bertemu dengannya walaupun kini dia tidak mempunyai apa-apa . Dia masih mengharapkan kebaikan buat lelaki itu . Walaupun ia tidak akan dibalas . Walaupun lelaki itu tidak menemuinya sekian lama .
Lelaki itu pulang....
Kini dia seorang lelaki tua . Tua tidak berdaya . Pokok itu tetap tersenyum bahagia . " Wahai pokok , aku tidak lagi inginkan sesuatu atau mengejar sesuatu . Tetapi aku inginkan ketenangan dalam pengakhiran usiaku ini " . Tersenyum . " Aku tidak mempunyai buah-buah yang ranum kini . Aku juga tidak mempunyai apa-apa yang boleh diberikan kepadamu . Tetapi marilah berehat di perduku . Hanya itulah yang mampu aku berikan anakku " .
Dan si tua itu bersandar di perdu pokok itu . Dan dia tidak kemana-mana lagi , menghabiskan sisa hidupnya di situ . Di pokok epal di rumah itu .
~end of ceritera~
Wahai pebaca . Ketahuilah bahawa pokok yang sentiasa mengharapkan kebaikan dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun diri sendiri itulah IBU setiap daripada kita . Adakah kita telah memberinya yang terbaik setelah dia memberi kita segala yang terbaik ?
And I love you more than I did before
And it's a day I dont see your face
Nothing's change no one can take your place
It gets harder everyday
Said you love me more than you did before
And I'm sorry that it is this way
But I'm coming home I'll be coming home
And if you ask me I'll stay , I'll stay .
* * * * *
Tiada yang lebih membahgiakan
Melihat dirimu kian membesar dewasa
Di dalam sejahtera....
* * * * *
~wallahu a'lam~
( kredit to Abang Fahmi . saya mengetahui cerita ini daripadanya pada tahun 2008 . tetapi saya tidak pasti versi asal cerita ini .jadi saya hanya menceritakan apa yang saya rasa saya ingat )
http://xdeusfx.wordpress.com/2008/01/02/kisah-pokok-epal/
ReplyDelete