Pages

Saturday, 31 December 2011

Biarkan Selalu

Bismillah...

     Andai di tangan anda terdapat ketujuh-tujuh biji Mutiara Naga , apakah perasaan anda ketika itu ? Apakah perasaan anda apabila anda akan mendapatkan apa yang anda hajatkan sebentar sahaja lagi ? Tidak dinafikan lagi perasaan gembira dan teruja akan menguasai diri anda , dan berkemungkinan anda akan sukar membuat keputusan ketika anda berhadapan dengan Naga yang akan anda akan seru keluarkannya dari ketujuh-tujuh Mutiara Naga tersebut . Sehingga menyebabkan Naga itu bosan menunggu dan berlalu pergi tanpa menunaikan apa-apa permintaan anda .

     Bayangkan ketika ini anda didatangi satu malaikat berpakaian serta berwajah indah , yang merendahkab sayapnya dan berkata , " wahai hamba tuhan , kamu diberi satu kesempatan hebat . Lima peluang untuk bertanya kepada aku mengenai segala rahsia kehidupan , dan aku pasti menjawab di kala ini juga " . Pernahkah terlintas di hati anda persoalan yang rumit , yang teramat sukar menemui jawaban , atau yang mempunyai seribu satu jawaban subjektif ? Atau anda hanya akan mengatakan kembali kepada malaikat tersebut , " tiada soalan yang ingin saya ketahui jawabannya buat masa ini " .


SEKADAR LEPASKAN 

      Dua persamaan daripada kedua-dua situasi di atas , PELUANG dan PILIHAN . (Saya hanya menulis apa yang saya fikir) . Saya beri tajuk 'Sekadar Lepaskan' bukanlah untuk meminta sesiapa yang sukar membuat keputusan untuk melepaskan sahaja peluang di hadapan mata . Tetapi untuk mengingatkan saya untuk berfikir dua kali ; ketika diberi pilihan , dan ketika ingin melepaskannya jika tiada pilihan . 

     Memang diakui , semua benda adalah milik Tuhan Yang Maha Mencipta segala sesuatu . Tapi kita juga mempunyai sesuatu . Tidak lain tidak bukan ialah PILIHAN . Betapa dipaksa oleh orang lain , kita mempunyai hak kita untuk memilih , untuk membuat sebarang keputusan , untuk melakukan apa sahaja , termasuk melepaskan PELUANG yang tidak perlu diri kita hargai . Meskipun peluang itu datang sekali seabad , atau peluang itu bakal menentukan keseluruhan hidup . 

     Bagi mereka yang berfikir , mereka akan sedar bahawa semua pilihan dan pemilihan akan kembali kepada Tuhan jua akhirnya . Begitu juga peluang dan segala kesempatan . Namun , ramai yang tidak tahu bahawa peluang kedua sentiasa dekat dengan peluang pertama . Dan peluang terakhir tetap ada bagi sesiapa yang mengharap . Jadi bagi sesiapa yang terlepaskan peluang , ketahuilah bahawa anda masih mempunyai peluang kedua dan peluang terakhir .

     Berfikirlah bahawa pada setiap peluang , perkara pertama yang perlu anda membuat pilihan adalah , untuk memanfaati peluang tersebut , atau sekadar biarkan ia berlalu , hanya sekadar untuk tidak mengambil risiko dan menggunakan peluang kedua dengan lebih bermanfaat . Fikirlah , apa yang saya tuliskan di sini tidak lain tidak bukan apa yang saya fikir . Anda bebas tidak menerimanya , dan bebas mengatakan ia mengarut . Tapi fikirlah kerana saya juga menulis ini berdasarkan pengalaman dan prinsip .

-wasalam- lifes rule....

kekkaca
1/1/12
0012am
rembau

No comments:

Post a Comment