Pages

Thursday 19 July 2012

Antara dua arahan

Bismillah, segala puji bagi Allah tuhan ku , dan salam sejahtera ke atas junjungan nabi Muhammad Al amin . Amma baad. Tajuk di atas muncul selepas saya melalui beberapa proses memikir . Dan , sekali lagi , inilah perkara yang terlintas di minda sejak kebelakangan ini. Dan insyaAllah , apa yang akan ditulis selepas ini juga adalah pendapat saya sendiri .


 HATI 


Jadi inilah permulaan kisah entri kali ini . Hati seperti yang semua maklum atau tidak , mempunyai dua maksud . Satu , iaitulah hati yang selalu kita dengar dalam kelas Biology . Dalam bahasa inggeris disebut 'LIVER' . Yeah . Dan maksud kedua , itulah hati yang selalu dikaitkan dengan perasaan . Iaitu 'hati' yang membawa pengertian yang abstrak . Untuk memudahkan pemahaman , hati yang kedua ini in english disebut `HEART' . So , that is the real meaning when someone said "you always in my heart" , bukannya bermaksud "awak sentiasa di jantung saya".


 MINDA


Berbeza pula dengan otak . Otak ialah salah satu organ dalaman manusia dan haiwan . Dan dengan otak kita mampu berfikir . Meskipun otak adalah bersifat konkrit , namun minda bersifat sebaliknya . Namun , tidak dinafikan minda bergantung kepada keupayaan otak . Jika kita mengalami kemalangan atau kecederaan pada otak , minda juga akan mengalami kerosakan .

DUA SUMBER

Hati dan minda merupakan dua sumber tingkah laku kita . Sebelum kita membuat sesuatu , kita akan berfikir mengenainya . Ini menunjukkan bahawa minda perbuatan kita tersebut terhasil dari minda . Jika kita disuruh membuat pilihan , kita akan berfikir yang manakah akan dipilih sekali lagi di sini , minda menjadi sumber arahan terhadap langkah kita seterusnya .

Adapun bagi suara hati , ia adalah tersangat seni . Sehingga kebanyakan manusia menidakkannya dan menganggap ia hanya mengganggu urusan seharian mereka . Jika kena pada tempatnya , maka suara hati dan suara minda bergerak seiringan .Namun , ada ketikanya kedua dua sumber ini saling bercanggah .

Jadi , yang manakah yang perlu dituruti , sama ada hati atau minda . Jawapannya bergantung pada diri kita sendiri .

Allah mencipatakan manusia berbeza dan pelbagai . Begitu juga hati dan minda sebagai kurniaan Allah yang berbeza terhadap semua manusia . Terdapat manusia yang berfikiran singkat , berfikiran jauh , berfikiran kritis dan sebagainya . Begitu juga halnya dengan hati . Memandangkan hati berkait rapat dengan pergantungan pada Allah , maka tahap dan kebenaran hati juga berbeza setiap manusia . 

Jika kita yakin pada kebenaran hati kita , maka turutilah ia . Jika kita yakin bahawa fikiran kita lah yang benar , maka janganlah menolaknya . Perlu diingat , bahawa kedua dua sumber ini merupaka target utama syaitan . 

Contoh:

1. Seseorang yang dari kecil dididik dengan baik , hatinya dijaga dengan cara yang islamik , akhirnya dia mencapai usia remaja . Suatu hari , dia diajak merokok oleh kawan kawannya . Sudah pastinya dia akan berasa ragu ragu . Kerana hatinya yang baik itu menolak perbuatan yang tidak baik . 

2. Seseorang yang hatinya telah rosak , tiba tiba diajak untuk pergi ke masjid . Spontan dia akan mengelak dengan pelbagai alasan . Walhal , jika dia mengikutkan minda , dia tidak punya alasan untuk menolak benda yang baik .

Didiklah hati kita dengan baik , disamping menajamkan minda agar menjadi lebih baik . Semoga segala perbuatan kita adalah yang terbaik .

Bagaimana pula dengan pepatah 'Ikut hati mati , ikut rasa binasa' ? Kedua dua frasa dalam pepatah ini membawa satu maksud . Iaitu , jangan ikutkan hati . Adakah benar ? Padahal kita pernah mendengar bahawa; 

Pandangan hati itu yang hakiki 
kalau hati itu bersih

Sebetulnya , pepatah ini digunakan untuk mengajar dan mententeramkan orang yang sedang marah atau sedih . Ini kerana dalam keadaan demikian , hatinya seumpama dirasuk , dan selalunya hanya mahu melakukan perkara yang buruk . 

Pepatah ini bukan untuk digunakan dalam sepenuh kehidupan seharian , jadi , tidak salah untuk mengikut kata kata hati jika ia perkara yang baik .

Jadi , sedikit perkongsian dari saya , semoga bermanfaat . Ingatlah , bahawa individu yang positif hanya mencari pengajaran yang positif dalam setiap perkara .

Apa yang baik dari Allah , dan apa yang buruk juga dari Allah sebagai ujian pada saya untuk memperbaiki diri . Wallahua'alam .

kekkaca
1256
20072012
rumah, seremban