Pages

Saturday 31 December 2011

Biarkan Selalu

Bismillah...

     Andai di tangan anda terdapat ketujuh-tujuh biji Mutiara Naga , apakah perasaan anda ketika itu ? Apakah perasaan anda apabila anda akan mendapatkan apa yang anda hajatkan sebentar sahaja lagi ? Tidak dinafikan lagi perasaan gembira dan teruja akan menguasai diri anda , dan berkemungkinan anda akan sukar membuat keputusan ketika anda berhadapan dengan Naga yang akan anda akan seru keluarkannya dari ketujuh-tujuh Mutiara Naga tersebut . Sehingga menyebabkan Naga itu bosan menunggu dan berlalu pergi tanpa menunaikan apa-apa permintaan anda .

     Bayangkan ketika ini anda didatangi satu malaikat berpakaian serta berwajah indah , yang merendahkab sayapnya dan berkata , " wahai hamba tuhan , kamu diberi satu kesempatan hebat . Lima peluang untuk bertanya kepada aku mengenai segala rahsia kehidupan , dan aku pasti menjawab di kala ini juga " . Pernahkah terlintas di hati anda persoalan yang rumit , yang teramat sukar menemui jawaban , atau yang mempunyai seribu satu jawaban subjektif ? Atau anda hanya akan mengatakan kembali kepada malaikat tersebut , " tiada soalan yang ingin saya ketahui jawabannya buat masa ini " .


SEKADAR LEPASKAN 

      Dua persamaan daripada kedua-dua situasi di atas , PELUANG dan PILIHAN . (Saya hanya menulis apa yang saya fikir) . Saya beri tajuk 'Sekadar Lepaskan' bukanlah untuk meminta sesiapa yang sukar membuat keputusan untuk melepaskan sahaja peluang di hadapan mata . Tetapi untuk mengingatkan saya untuk berfikir dua kali ; ketika diberi pilihan , dan ketika ingin melepaskannya jika tiada pilihan . 

     Memang diakui , semua benda adalah milik Tuhan Yang Maha Mencipta segala sesuatu . Tapi kita juga mempunyai sesuatu . Tidak lain tidak bukan ialah PILIHAN . Betapa dipaksa oleh orang lain , kita mempunyai hak kita untuk memilih , untuk membuat sebarang keputusan , untuk melakukan apa sahaja , termasuk melepaskan PELUANG yang tidak perlu diri kita hargai . Meskipun peluang itu datang sekali seabad , atau peluang itu bakal menentukan keseluruhan hidup . 

     Bagi mereka yang berfikir , mereka akan sedar bahawa semua pilihan dan pemilihan akan kembali kepada Tuhan jua akhirnya . Begitu juga peluang dan segala kesempatan . Namun , ramai yang tidak tahu bahawa peluang kedua sentiasa dekat dengan peluang pertama . Dan peluang terakhir tetap ada bagi sesiapa yang mengharap . Jadi bagi sesiapa yang terlepaskan peluang , ketahuilah bahawa anda masih mempunyai peluang kedua dan peluang terakhir .

     Berfikirlah bahawa pada setiap peluang , perkara pertama yang perlu anda membuat pilihan adalah , untuk memanfaati peluang tersebut , atau sekadar biarkan ia berlalu , hanya sekadar untuk tidak mengambil risiko dan menggunakan peluang kedua dengan lebih bermanfaat . Fikirlah , apa yang saya tuliskan di sini tidak lain tidak bukan apa yang saya fikir . Anda bebas tidak menerimanya , dan bebas mengatakan ia mengarut . Tapi fikirlah kerana saya juga menulis ini berdasarkan pengalaman dan prinsip .

-wasalam- lifes rule....

kekkaca
1/1/12
0012am
rembau

Friday 30 December 2011

Living Reality

Bismillah... 

Kadang kala persoalan-persoalan lama yang saya tidak temui jawapannya kembali dalan fikiran saya . Dan ini agak membebankan kerana setiap manusia mempunyai mempunyai naluri ingin tahu . Dan seperti kebiasaan , saya cenderung untuk menjawab sendiri daripada pemerhatian dan pemikiran saya . Jadi tidak hairanlah mengapa segala jawapan tersebut agak pelik apabila difikirkan kembali .

Walaubagaimanapun saya menguatkan diri memerah minda untuk menghasilkan karya terakhir untuk tahun ini . Memandangkan saya bercadang untuk menyiapkan sekurang-kurangnya empat karya sebelum masuk sekolah . Dan mereka yang kenal sepatutnya tahu sebenarnya saya agak suka merepek dan bahasa saya sangatlah teruk . Lebih-lebih lagi english . Jadi saya mengalu-alukan komen pembetulan grammar dan pemantapan ayat daripada para pembaca .


LIVING REALITY


Sun rising in my eyes
Shining me with a golden light
I know its all under command from God
Because the entire nation and nature are his

Lets stop dreaming from now
All the day and life just in front of you
Lets start sense all the feel
Just cry if you can't laugh for it

And I can hear the wind singing
Now I know I love it
I know there is no power on all of this
Except it's from God the almighty

I look at the sky and he look back at me
How he was so as I'm doing
Thanks God for giving me
A beautiful rainbow after a sadful tears of sky

Lets start running and keep running
Until the end of our step
Lets make a wish and hope
In our pray for our life and live

Live and know that all things in our life are reality
Open your eyes and start colouring our life beautifully

Lets live the life and dont lie the life

*      *     *     *     *     * 

Sejujurnya saya akan cakap saya menulis sajak . Tetapi saya agak suka 'menyanyikan' sajak tu pakai apa-apa sahaja nada yang saya rasa sesuai . Then saya tak kisah untuk sesiapa hendak kategorikan sebagai apa-apa .

Moga bermanfaat ~ sekian

kekkaca
30/12/11
10.23 pm (maharaja lawak tuh)
rembau

Thursday 29 December 2011

Ketiga Daripada Dua

Bismillah , semoga apa yang lahir dari hati dan benak ini tersinggah di benak dan hati pembaca.....

PILIHAN SENDIRI.....

Seperti yang hak dan yang telah dipelajari , semua benda di dunia mahupun akhirat adalah milik Tuhan yang maha satu . Pada zahirnya segala yang ada pada kita , yang boleh kita katakan , " ini milik aku " sebenarnya adalah milikNya juga . Namun setiap diri mempunyai sesuatu yang layak dikatakan " milik aku " , iaitu adalah PILIHAN .

Setiap dua perkara yang berbeza berkait rapat dengan pilihan ....

" Allah mengilhamkan jalan kefasikan dan jalan ketaqwaan . Maka berjayalah orang yang menyucikan . Dan rugilah mengotorinya "

Contoh yang diambil daripada Al-Quran , surah As-Syams ayat 7-9 . Dalam ayat tersebut Allah membentangkan dua jalan untuk dipilih . Dan Allah menerangkan jua akibat bagi pilihan-pilihan yang ada .
Ini menunjukkan pilihan adalah milik orang yang perlu membuat pemilihan , dengan kata lain , diri kita .

Namun pilihan bukan sekadar pemilihan antara dua jalan seperti contoh di atas , tetapi juga dalam setiap detik kehidupan , segala perkara yang kecil mahupun besar . Tiada paksaan dalam memilih . Kerana pilihan itu adalah milik setiap individu tersebut , dan pilihan adalah milik masing-masing . Tiada yang dapat memilihkan seseorang apa yang dia kehendak atau tidak .

Saya menegaskan bahawa pilihan adalah hak masing-masing . Barangsiapa yang tidak hormat akan pilihan orang lain , maka dia telah melanggar hak orang tersebut . Sepatutnya manusia tidak perlu mencampuri sebarang urusan pemilihan yang dibuat oleh rakan mereka atau sesiapa sahaja , kerana individu tersebut sepatutnya jelas dengan akibat daripada pilihan yang akan dibuat .

KETIGA DARIPADA DUA.....

Bagi saya , terdapat pelbagai situasi yang melibatkan pemilihan , dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar agenda . Kebanyakan pemilihan mempunyai dua pilihan asas . Seperti jika kita diminta untuk menolong kawan kita , terdapat dua pilihan asasnya yaitu 'mahu' dan 'tidak mahu' . Namun , saya lebih cenderung dan bersetuju untuk setiap pemilihan untuk pemilih memilih pilihan ketiga . 

Mereka yang positif akan mengatakan pemilihan ketiga aadalah escapisme . Namun bagi mereka yang negatif dan pesimis , pilihan ketiga adalah pilihan terbaik dalam kebanyakan situasi . Dan bagi mereka yang merasakan tidak patut untuk seseorang membuat pilihan ketiga , saya menegaskan sekali lagi bahawa setiap pilihan adalah hak masing-masing dan barangsiapa yang tidak hormat akan pilihan orang lain , maka dia telah melanggar hak orang tersebut .

-in the name of principe , i would say third choice is the best-

wassalam....

kekkaca
rembau
29/11/11
11.27pm

Tuesday 13 December 2011

Yang menurunkan hujan

YANG MENURUNKAN HUJAN





Hidup ini patut penuh dengan harapan dan impian
dan dihiasi lagu yang merdu dan damai

Mengapa semua ini terjadi padaku
mengapa aku harus menanggung derita dan kesakitan ini
kesakitan apakah ini
Dan di kala hujan aku berlari
supaya air mataku tidak terlihat
kerana aku tidak mampu menahan alirannya lagi

Kesakitan ini membunuh ku
wahai yang menurunkan hujan
Aku perlu kembali kepada harapan
supaya kesakitan ini tertanggung
Aku ingin kembali padaMu tuhan
berilah aku kekuatan
Kini kesedaran itu datang perlahan-lahan
dan akan ku genggam sepenuh upaya ku setiap masa
supaya ia tidak kembali pergi
Dan kesedaran itu mnghidupkan ku
wahai yang menurunkan hujan
engkau jualah yang menganugerahkan kesakitan
sebagai ujian dan maghfirah
tidak sesekali akan ku minta keringanan
terhadap kesakitan ini

Wahai yang menurunkan hujan
berilah aku kekuatan


*     *     *     *     *

Alhamdulillah nukilan saya yang ketiga . Cepat-cepat nak pergi solat maghrib ........

kekkaca
seremban
13/12/11
7.01pm

Saturday 10 December 2011

Inginku melihat angin

Jika ditanya apakah impian , maka apakah yang akan anda perjawabkan . Adakah anda hanya akan menjawab " impian itu adalah sesuatu yang kita impikan dan kita ingin mencapainya " . Kalau saya , itulah yang saya jawab =P . Tidak dapat lagi untuk saya memikirkan apa yang dimaksudkan dengan impian . Dan saya tidak boleh mengulas jauh kerana jika ditanya , semua orang akan menjawab berdasarkan apa yang telah dia pelajari dan fahami mengenai impian . Jadi senyap ~

INGINKU MELIHAT ANGIN



Ia datang dari sesuatu yang tiada dan menjadi realiti .
Ia datang dan mengubah langkah berjalan aku menjadi berlari .
Aku tahu tidak semua perkara mampu dimiliki di sini .
Aku tahu dunia ini tidak mampu mewarnakan beribu impian .

Seperti impian aku untuk melihat angin .....
Walau telah dikatakan siapalah aku untuk mengimpi ,
tetapi apakah itu cukup untuk tetap menutup mataku dari cuba melihat .
Inginku melihat angin .
Tidak boleh tidak aku terpaksa berkata dan bersetuju 
bahawa aku adalah seorang pengimpi yang tidak mengenal putus usaha .

Impian itu semakin kuat tanpa disedari ,
apabila aku membuka mata untuk melihat realiti .
Tanpa perasaan walau sejuta kali aku tahu ,
betapa impian itu cuma satu impian yang tidak menghitung usaha ,
kerana aku tidak mampu untuk mengakhiri mulanya
Namun.....

Aku hanya ingin melihat angin .
Jika tiada sesiapa di sini yang menyokong aku,
maka berubahkah hidup aku yang berjalan seperti biasa ?
Aku akan berlari di jalanku sendiri.....
Aku hanya mengejar impianku sendiri.....
Aku tetap berdiri pada pegangan ku sendiri.....
Tidak salah untuk melihat angin .

Walau telah dikatakan siapalah aku untuk mengimpi .
Walau seribu kali dikatakan angin tidak dapat dilihat .
Walau aku tahu aku mengejar impian mustahil .
Namun dalam jalan dan peganganku ini
aku yakin pada suatu masa di sana ,
angin itu akan dapat kulihat .

*    *    *    *    *    *    *    *

Alhamdulillah selesai sudah satu sajak . Mengambil masa lebih dari sejam untuk selesai (sambil-sambil minum kopi dan menonton Kids on 2) . Saya berharap hobi saya yang satu ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca . Dan berharap kepada sesiapa yang membaca dan mendapat manfaat darinya , maka diharapkan untuk menyebarkan supaya ramai yang memperoleh kebaikannya .

Mengenai sajak , maaf kerana (saya rasa) rasanya isinya terlampau berbunga sehingga agak sukar untuk difahami . Tetapi saya lebih suka untuk berbuat begitu supaya lebih banyak manfaat . Maksudnya , pemahamanya lebih umum supaya lain orang yang membaca lain pengajaran yang akan dia dapat . InsyaAllah.. asalkan rajin berfikir .

Secara teknikalnya ini adalah sajak kedua yang dikarang sendiri dan saya mendapat idea ini daripada lagu Laskar Pelangi daripada Nidji dan terjemahan lagu Uninstall nyanyian Chiaki Ishikawa .
Walau jika dilihat betul-betul , saya hampir meniru gaya lirik lagu jepun ini , tetapi tetap lain sebenarnya . Actually saya mengambil tema dan lirik berinspirasikan lagu Laskar Pelangi dan struktur dan gaya ayat daripada lagu uninstall . Diharap ianya tidak melanggar hak cipta terpelihara XD .

Itu sahaja , wallahu a'alam.

kekkaca
Shah Alam
11/12/2011
12.03 pm